|
packing! packing! and packing! Yes, that is what I have been doing. Ada banyak benda yang nak dirus selesaikan. Benda yang dipegang yang harus di buang ataupun dibawa pulang. Tiada benda yang baru cuma semuanya yang lama-lama yang sayang dibuang sebab banyak mengisi memori-memori silam. Benda-benda yang telah tebiasa sebati dengan jiwa. Setakat ini 6 kotak telah habis diurus bungkus dengan benda-benda yang lebih bersentimental value dalam hidup. Memori cerita hidup yang dikongsi bersama. Harus juga menguruskan perihal benson yang akan diambil alih oleh jiran di bawah rumah. Banyak juga benda-benda yang tak pernahpun diguna pakai menjadi status sampah untuk dibuang. Kain baju pun banyak yang harus didermakan pada pihak tertentu kerana pakaian yang tebal tidak boleh diguna pakai di sana nanti. Banyak bil-bil lama yang harus diteliti dan dikoyak yang betahun-tahun disimpan. Setiap benda yang dipegang dan dibelek tergamit juga memori-memori yang silam dikala kita pada masa itu tidak dapat melihat apa yang akan terjadi pada ketika ini. Kad-kad ucapan harijadi dari teman, sanak saudara tetap disimpan kemas dalam kotak yang tidak akan dibuang. Ia bagaikan barangan antik yang menyentuh jiwa. Hari ini aku datang ke sekolah mengucapkan selamat tinggal dan megambil surat sokongan dari university. Mengucap selamat tinggal pada Moses, Dafna dan rakan-rakan sebilik yang banyak memahami cerita hidup ini. Berhenti di sini bukanlah bermaksud berhenti selamanya. Bara ini tetap akan menyala, cuma kalau sudah mencuba nasib dan bertarung dengan keadaan, mungkin di sana nanti didoakan segala kemudahan. Hanya doa yang senantiasa mengiringkan segalanya supaya mendapat keberkatan dalam hidup meskipun badai yang melanda. Mengambil juga kesempatan semasa di sini memindah turun fail-fail dalam simpanan masuk ke yahoo. Atas batu jemala patek@ 2005-02-17;3:53 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |