|
take me home, to where I belong Lama tidak menulis di sini. Banyak perkara yang berangkai terjadi. Perkara yang seakan bersangkutan dan berlarutan di antara satu sama lain seakan sudahpun terletak dan terancang sejak azali lagi. 2005 banyak mencatat sejarah penting dalam liku hidup ini. Tahun ini bermimpi sekali lagi sebelum musim haji menziarahi ke kota mekah untuk menunaikan haji. Sepulangnya kami dari utara sana selepas berhariraya, keuda-dua kami diserang demam hampir seminggu tak bangun. Tapi terpaksa bersusah payah juga bangun menyedia makan untuk suami dan diri sendiri. Selepas sihat dari demam, ada orang yang beria-ia mahu pulang ke tanah air, kerana katanya kita masih lagi akan berlama di sini. Tapi tak tahu cerita hujung pangkal pihak di sana. Sengaja membuat andaian tiada sebarang rintangan dari sana. Dia pulang dengan menjanjikan yang akan kembali lagi ke sini setelah puas bercuti sementara, tetapi tiket yang dibeli hanyalah tiket sehala saja. Walaupun apa saja perancangan kami buat, semua yang terakhir ada kebaikan. Berserah saja pada yang esa. Tiket yang di beli sehala, katanya, kalau mampu menahan rindu berjauhan, biar saja kita berpisah lama. Tetapi harus berjanji yang kita tidak harus menangis bila bersalam berpisah nanti di lapangan terbang. Aku menahan puas airmata agar tidak mengalir terus, kerana takut nanti ada orang yang sanggup hanguskan tiket yang di beli. Kini hidup bersendirian berseorangan menguruskan segala macam. Kemudian terima e-mail yang pada mulanya bersedih hati bermurung durga hampir beberapa hari. Terfikir semula segalanya hanyalah ketentuan Allah jua, kita manusia hanya mampu merancang. dada terasa sebak, sebak yang terus bersarang selepas kematian nancy, mendung yang terus mengunjung bertali arus menyebabkan aku rasa tersempit. Email kali ini memutuskan segalanya. Mendung akan terus berkunjung, tetapi tetap kuat semangat di hati agar terus belajar menjadi redha preseverence! Dengan ini tahun ini memulakan episode baru menati di sana. Apa yang tergenggam ditangan ini belum lagi terlepas terlerai biarkan berbagai rintangan yang melanda. Apa yang berada ditangan ini tetap tergenggam kuat dan aku terus berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah. Untuk Aquil dan cikgu Midad, tunggu saya di sana. Atas batu jemala patek@ 2005-02-16;4:40 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |