|
weather beaten Raya haji tahun ini kami berkeputusan meraikannya di utara sana bersama dengan teman dan keluarga yang lain. Raya tahun ini kami buat aqiqah untuk anak dara kami. Aqiqah tersebut diadakan di utara sana. Sepanjang penginapan kami di sana, juadah harian sepanjang masa adalah kambing, kambing dan kambing. Cuaca pulak bertukar menjadi sejuk dan dingin. Sekembalinya kami dari utara sana, cuaca tidak bertukar dengan angin yang kuat dan suhu yang rendah. Keadaan cuaca yang begitu sejuk, ditambah dengan pemakanan yang tidak teratur, dan juga mengharungi perjalanan yang jauh meneyebabkan badan kami menerima kejutan lasak. Walapun perjalan hanya mengambil masa 4 jam, tapi bila usia sudah menhampiri separuh abab, teruk juga rasanya. Seminggu kami hanya terbaring dikatil. Aku dierang demam dan seram sejuk tidak dapat berbuat apa-apa. Dia pulak mendapat bengkak kelenjar di leher. Apabila kami pergi untuk membuat pemeriksaan, Dr menyarankan agar ujian darah diambil. Setibanya kami ditempat mengambil darah, ramainya orang kat hospital sana. Tempat mengambil darah penuh sesak dengan orang menunggu giliran masing-masing. Patutlah bila kami berjalan-jalan di pusat membeli belah lenggang, rupa-rupanya mereka semua kat situ. Sessi mengambil ujian darah, menjadi acara seharian masyarakat di sini. Ruang menunngu disediakan bangku-banku empuk dan juga kedai kopi. Jadi semasa menunggu giliran mereka boleh membeli kopi dan juga biskut termasuklah dengan dia. Aku tak lalu, sebab aku tengok, cawan yang diguna adalah cawan yang bekas orang lain. Suasanya yang tidak formal terasa seperti berada di rumah. Bagi aku idae untuk makan dihopital, bukanlah satu daya tarikan yang menarik dan berselera. Tapi ada orang tuu berselera dengan kopi secawan dan biskut. Lebih dari sejam kami terpaksa menunggu hanya untuk mengambil darah. Terima kasih pada Inaz kerana secara terlanjur mengingati hari lahir saya semalam. Inaz pasti tidak akan melupakan hari tersebut sampai bila-bila kerana anaknya lahir pada hari yang sama. Untuk Ina, thanks for updating me. Are you O.K now? Tahun ini sudah awal-awal lagi kita di beri ujian yang berbagai untuk kita hadapi InsyaAllah semuanya ini ada seribu satu hikmah. Akak dan abang sudah nekad, noktah kehidupan kita terletak pada detik nadi kita. Selagi ianya tidak berhenti berdetik, selagi itulah kita senantiasa berjuang. Untuk Daun, relakan segalanya. Relakan marah berkunjung di dalam hidup Daun. Relakan airmata menjadi teman setia buat kala ini, kerana, selepas seketika bila hilangnya air mata tersebut, kita menjadi manusia yang berpengalaman. Akak tidak menjanjikan yang kita menjadi semakin tabah, tapi akak pasti kita akan menjadi manusia yang lebih menghargai diri sendiri, yang orang sering salah anggap sebagai manusia yang pentingkan diri sendiri. Siapa tak geram pada lelaki tersebut, tapi apa yang terakhir antara daun dan dia adalah satu kebaikan. Kita hanya boleh membenci dan mengelak manusia sebegitu. Mereka tidak layak untuk hadir dan dikenang dalam sejarah hidup kita. Hari ini kita cuma boleh minta kepada Allah, atas apa-apa balasan yang setimpal, kerana Allah sahaja sebaik-baik tempat untuk kita meminta pertolongan dan bergantung. Semoga Daun tetap tabah. Akak dan abang senantiasa mendoakan kesejahteraan Daun, dan mungkin ramai lagi yang terus mendoakan kebahgiaan Daun, sebab itulah Daun tidak terus terjebak dengan manusia tersebut! Atas batu jemala patek@ 2005-02-01;2:54 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |