|
Detik waktu Anak-anak kecil dikurniakan Allah akal yang tak beberapa panjang. Oleh itu setiap tingkah laku mereka, kita sebagai seorang yang dewasa, yang dikira panjang akal tidak mengambil hati dan tersentuh rasa andainya tingkah laku mereka tak mendengar kata. Andainya anak-anak kecil ini mampu berfikir panjang, mereka pasti akan termenung lama memikirkan apa yang akan terjadi besoknya, seperti aku sekarang ini. Jantung ini terhenti berdetup, seperti matinya jam dalam menhitung waktu. Jiwa terasa bagaikan diragut, tapi semua ini harus sedar segalanya adalah urusan Allah jua. Bila kita hidup pasti kita akan mati, bila kita bertemu dan bermesra, pastinya kita akan berpisah. Perpisah memang memilukan, kerana kita adalah insan yang punya perasaan. Kita adalah insan yang lemah, dan cepat menaruh cinta kasih sayang, biarpun pada insan lain ataupun harta dunia. Dan pada saat ini akulah insan yang lemah itu. Akulah insan yang jatungnya berhenti berdengup kerana pilunya pada sebuah perpisahan, biarpun hanya masa saja yang memisahkannya. Peritnya perpisahan adalah umpama penawar yang pahit untuk luka yang berbisa. Biarpun kenangan manis bagaikan madu yang mewarnai kotak memori ini, aku tetap hidup bersama dengan kenangan dikala perpisahan terjadi. Keperitan ini menjadikan aku seorang insan yang semakin faham tentang erti sebuah kehidupan. Tapi tidak menjaminkan yang aku adalah insan yang tabah menghadapinya, kerana aku hanyalah seorang insan yang lemah. Atas batu jemala patek@ 2005-01-10;4:12 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |