|
Tahun baru ![]() Koleksi peribadi Menemui tahun baru dengan bermacam cerita mengejutkan jiwa. Tahun 2004 yang pada mulanya menjanjikan satu pengakhiran. Tahun 2004 yang mulanya melakarkan pada bulan september lepas aku tamat pengajian. Tapi tahun 2004 membawa mendung yang besar dalam hidup aku. Pada may 2004 nancy pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Nancy yang menjanjikan aku akan tamat pada bulan september. Sebulan kemudian George pergi NZ. George adalah antara orang yang memberi banyak sokongan dalam hidup aku. Sebulan kemudian selepas George pergi NZ, Hakima pulang ke Peranchis. Sahabat rapat yang hanya dipertemukan dalam train perjalanan pulang ke rumah. Tahun 2004 tahun untuk aku mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang rapat dengan aku. Penutup tahun 2004, penuh dengan peristiwa tragis tsunami, dan berita mengejut dari Daun. Harap Daun tabah. Tahun 2005, aku masih lagi di sini. Tahun di mana anak aku masuk darjah satu. Atas batu jemala patek@ 2005-01-04;11:52 a.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |