Mesin basuh

Hari ini bangun pagi ada orang mengendeng nak makan bihun goreng. Hari tuu, masa dia turun ke metropolitan city menziarahi sepupunya yang sedang membuat promotion di pusat membeli belah, dia telah bershopping sakan membeli perencah bihun goreng, tom yam, dan sayur kering. Selalulah menceritakan yang dia suka makan sayur kering, rasanya lebih sedap dari sayur biasa.

Jadi hari ini aku mengoreng bihun menggunakan perencah yang dibeli hari itu dan juga sayur kering digoreng bersama. Senang hati makan bihun dipagi hari. Dia sudah bercuti minggu ini hingga selepas tahun baru.

Semalam pulang, sempat singgah public library meminjan dvd pirate of the carribean - the curse of black pearl. Menarik juga ceritanya. Ceritanya berkisarkan kapal lanun yang kena sumpah dan sessi merampas kapal dan membalas dendam. I like the story, my rating will be 7.5 out of 10.

Mesin basuh aku tak mahu perah air basuhan. Jadi baju yang dibasuh masih lagi basah kuyup. Pagi tadi mencari pemen untuk membaiki mesin tersebut. Dia hanya boleh datang selepas cuti xmas nanti. Buat sementara waktu, kain yang banyak itu akan dibawa ke kedai dobi dulu.

Moral untuk hari ini - ikhlas
Hari ini bile kita berkawan dengan orang, baik saudara sendiri ataupun orang yang baru kita kenali, layanlah mereka dengan baik. Melayan tetamu dengan baik tidak semestinya dengan menbur wang ringgit. Tetapi menabur budibahasa dengan mewah.

Bermesra dengan tetamu menyebab tetamu rasa senag hati. Niat iklas adalah penting dalam sesebuah persahabatan.

Ingatlah tetamu yang berkunjung kerumah kita bukannya untuk memintak sedekah atau apa, mereka datang dengan niat menziarah. Jika mereka datang dalam kesempitan, kita sebagai tuan rumah haruslah berusaha sedaya upaya, bila tetamu itu pulang, mereka pulang dengan dada yang lapang.

Bila tetamu yang datang dengan niat yang tidak iklas, biarlah dia pulang dengan apa yang dia rasa.

Semuanya ini satu hari nanti akan ditanya bila kita mati, bagaimana kita layan tetamu kita. Sekurang-kurangnya bila tetamu kita pulang, pulang mereka bukan dengan perasaan sakit hati dengan perbuatan kita.

Atas batu jemala patek@ 2004-12-22;1:27 p.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link