|
Air mata gugur berderai Aku telefon George semalam berjanji untuk berjumpa hari ini. Tapi akibat dari printer yang lambat untuk printkan kerja aku, temujanji terpaksa dilewatkan hampir sejam. Susah untuk menggambar riak dan gelodak hati. Cukup hanya untuk seketika bertemu, airmata rela mengalir. Aku hilang kata-kata. Kalau sekali Romas mengkritik kerja aku, kalau sekalipun aku menangis kerana itu, air mata kali ini gugur dihadapan George dengan lingan yang sayu. Mungkin kerana aku hanya seorang insan yang lemah, yang tak mampu untuk mengharungi ujian yang sedikit cuma. Mungkin kerana jarak pemisah yang jauh antara aku dan George. Tapi kenapa aku menangis? Comment George lebih kurang sama dengan komen Romas. Kenapa dengan Romas aku masih mampu bertahan. Pertemuan terpaksa berhenti kerana George ada pertemuan lain lagi. Banyak lagi yang harus aku buat. Aku mesti tabah. Kata-kata George sebelum berpisah ' I will be your pillar of strength.' Kata-kata yang cukup bermakna buat aku. Terima kasih kerana ada insan yang memahami. Aku perlu menjadi insan yang tabah dan cekal. Aku harus terus berusaha hingga ke saat akhir. George masih lagi ada di sisi aku dalam perjalanan ini, biarpun kami jauh di hujung benua. Atas batu jemala patek@ 2004-12-21;12:47 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |