|
Kasut baru Aku tak tahu kenapa aku harus menangis. Terasa seakan-akan ada insan yang yang lebih memahami isi hati dan perjalanan hidup aku. Tangisan yang membuktikan aku yhanyalah seorang insan yang lemah. Secekal manapun hati ini pasti akan terduga duga. Dugaan yang memberi keinsafan lantas kecekalan dalam menempuhi kehidupan. Semalam suami pulang bersama dengan sepupunya yang datang menziarah, walaupun hanya sempat tidur semalam dan pulang awal pagi. Alhamdullillah masih ada orang yang sudi datang menziarah, walaupun kesuntukan masa. Semalam membawa sepupu yang ini berjalan-jalan shopping. Tidak banyak yang ingin dibeli, apatah lagi sekarang nilai barang yang 7 kali ganda mahalnya daro tanah air sendiri. Kebanyakan barang-barang mewah yang ingin dibeli, seperti kasut, baju ataupun beg tangan, yang bagi orang yang tak beberapa kesah, tidak begitu bersungguh-sungguh membeli. Akupun begitu juga. Tapi semalam aku telah membeli 2 pasang kasut yang dibiayai oleh suami. Aku memilih kasut yang lasak untuk berjalan. Belinya hanya sepasang, tapi beli satu dapat satu. Kasut yang aku ada sudahpun berlubang tapak kasut dan terkoyak ditepi. Bila hujan, stokin aku akan basah dan kaki menjadi sejuk. Hari ini aku pakai kasut baru menggantikan kasut yang lama. Moral untuk hari ini. Semalam semasa bertembung, aku melemparkan senyuman, bukannyapun terlebih mesra menghulur tangan ataupun bertukar bicara. Mereka hanya pandang buat tak tahu, seolah-olah aku senyum pada orang lain, sedangkan mata aku bertentang dan berhadapan dengan mereka. Terdetik hati, amboi sombongnya! Rasa geram juga, kenapa boleh buat perangai macam tuu. Tapi sedia berasa insaf dan takut, kiranya ada dalam kehidupan ini aku membuat orang geram. Jangan terlalu cepat meyimpan dendam dan perasaan. Apa yang berlaku, biarlah ia berlaku. Tapi segala yang buruk akan menjadi pengajaran yang berkesan pada masa akan datang. Semoga hari ini lebih ceria dari semalam. Biarlah satu hari nanti kita tidak punya harta yang banyak, kekayaan yang melimpah, qualification tinggi melangit, tatapi kita punya budi perkerti yang mulia. Biarlah mereka yang mengenali kita menghargai siapa kita. Atas batu jemala patek@ 2004-12-21;1:21 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |