|
bertali arus ingatan mesra Semalam pagi semasa dalam kelam kelibut menghantar suami ke stesyen bas, panggilan telefon berdering. Panggilan dari seorang sahabat, memberitahu yang adiknya, suami isteri akan bercuti di sini menziarahi anak mereka nun di pulau sana. Sahabat yang seorang ini bertemu tanpa diduga dalam kami terdesak. Semua adalah ketentuan Allah. Alhamdullillah dalam keadaan tertekan dan teraniaya Allah temukan dengan sorang insan yang sudi menolong. Jasa insan tersebut tetap dikenang. Besar makna bantuan yang diberi. Pepatah melayu mengatakan hutang judi boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Budi yang diterinma dari seorang insan ini insyaAllah akan tetap dikenang dan diiring doa sepanjang waktu. Hari sebelumnya menerima tetamu, seorang sahabat yang baru pulang dari Malaysia. Sahabat yang walaupun bertemu bersemuka sekali sekala, tapi ingatan tetap segar di lubuk hati. Ikatan persahabatan yang senantiasa segar kemas dalam ingatan. Bertembung hanya di pasarraya, kemudian megajak ke rumah sambil berceloteh itu dan ini. Ada saja cerita yang hendak dibawa. Ada saja benda yang ingin dibincangkan. Bertali arus menyambung cerita berbicara, dari jumpa di pasarraya, berjalan kaki pulang ke rumah, semasa memasak di dapur, sehinggalah selepas magrib bercerita bercelotah. Berpisah jua bila malam sudah gelap gelita. Tapi insyaAllah diiring doa dan harapan, agar persahabatan yang terjalin antara insan senantiasa memupuk keihlasan diantara satu sama lain. Perasaan hormat menghormati adalah penting dalam sesebuah persahabatan. Sahabat yang ikhlas, bila hilang dari pandangan, tidak kita merasa curiga yang dia akan membawa mulut menceritakan itu dan ini, yang bukan-bukan. Hari ini kalau kita menolong orang yang dalam kesusahan, di mana kita susah pasti ada orang lain yang akan tolong. InsyaAllah semuanya ini ada hikmah disebaliknya. Suami yang bepergian menaiki bas untuk berjumpa dengan seorang sepupu yang datang ke sini atas urusan kerja. Sejak kedatangan P Ngah tempoh hari, sehari selepas P Ngah pulang, menerima panggilan dari sepupu yang seorang ini baru sampai, kemudian bila sepupu ini mahu pulang, terima pula panggilan dari sahabat yang ini mengatakan adiknya suami isteri datang bercuti. Ziarah yang berterusan, seakan bertali arus. Namun, kedatangan mereka di sini, senantiasa disambut dan dilayan sebaik mungkin. InsyaAllah ikatan persahabatan yang ikhlas, akan mengeratkan lagi tali persaudaraan. Perginya suami semlam, menumpang bermalam di apartment sepupu ini yang disewa bersama dengan beberapa orang yang lain. Hari ini jangkanya mereka akan pulang ke sini. Hari ini juga buat sekian kalinya aku bertemu mata dengan George. George yang banyak memahami keadaan dan kesengsaraan, George yang pernah menumpang rasa bila Nancy sudah tiada, George yang banyak aku bergantung harap. Perjalan ini tidak lain hanya berendam dengan air mata. Pangajian yang banyak mencabar jiwa, bukan setakat dari ilmiah, tapi lebih kepada ujian emosi. Aku hanya sebak bila berjumpa George, tapi aku tak boleh nangis, kerana kat kelas. Aku tak sangka yang George akan balik, kerana hari itu, sebelum dia berangkat pergi, dia memberitahu yang dia tidak akan pulang, keluarganya mungkin akan ke NZ untuk beraya di sana. Air mata tetap bergenang dikelopak mata, walaupun tidak beair dimata, tapi dihati tetap meruntun menghiba. Atas batu jemala patek@ 2004-12-20;12:26 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |