menjejak kasih

Ada orang pagi-pagi lagi sudah tel anak yang sorang. Anak ini sedang dalam perjalanan ke kampung bersama dengan sepupu menaiki bas dari kota menuju ke pulau mutiara.

Menelefon anak yang seorang lagi, belum lagi pulang dari berjalan-jalan. Sibuk si bapa menanya ke mana lagi pergi, kerana sudah hampir seminggu tiada di rumah. Anak yang seorang ini berjalan dari utara negara menuju ke kota menziarahi sanak saudara dengan nenda tercinta. Hanya mereka bertiga saja berpejalanan kali ini. Selalunya adek aku yang bongsu akan bersama, tapi kali ini si adek ini telahpun awal-awal lagi pergi.

Aku memulakan jejak mengesan, menghubungi sepupu yang satu ini. Dia sedang sarat mengandung anak ke empat. Hamil kali ini dia tidak beberapa sihat akibat dari sakit jantung yang dialaminya sejak dia kecil lagi. Sejak usia kandungan 4 bulan dia sudahpun mengambil cuti hanya sekarang keluar masuk hospital. Aku mendoakan agar kedua-duanya selamat.

Mendapat no tel adek yang seorang ini. Kata sepupu ini yang bagaikan kakak sendiri, 3bercucu ini sudahpun pulang dan akan bersinggah lagi ke rumah emak saudara aku.

menelefon adek yang seorang ini, yang sekarang sedang sibuk dengan urusan majlis yang lambat lagi. Tapi rungutannya, semua anak dara kena buat sendiri. Kakak anak dara tak balik-balik lagi nak uruskan semuanya. Sabar sajalah. Siapa tidak mahu pulang.

Semalam ada orang beria-ia mahu pulang meninggalkan kita seorang di sini. Aku tidak menjadi masalah. Memang sudah biasa keseorangan di sini semasa belajar dulu. Tapi alih-alih itu cuma hanya perancangan sahaja. Hatinya tetap berat untuk meninggalkan isteri seorang.

Semalam berjumpa dengan tetamu yang menumpang di rumah kami dulu. Pasangan itu kini akan menimbang cahaya mata tidak lama lagi. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan urusan.

Atas batu jemala patek@ 2004-12-16;3:32 p.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link