|
hanya alasan semata-mata Aku baru lepas jumpa Romas. Dia ada anginnya sendiri. Sukar untuk ditafsirkan apa yang tersirat disebaliknya. Kali ini anginnya tak baik. Katanya, awak bernasib baik kalau awak dapat MPhil. Quality kerja awak tak bagus. Tajuk awak salah, focus awak tak betul, data analysis awak tak kena. Aku rasa bagi seseorang supervisor, kalau semua ini tak kena, ia menjadi satu peluang untuk memperbaiki semuanya. I don't know. John gave me motivational lecture. My supervisor gave up on me. Sebab itulah student need a supervisor. Sebab itulah superviaor itu penting, untuk membetulkan apa yang salah, untuk memberi tunjuk ajar apa yang tak betul. Bagi supervisor yang tidak berminat dan bersungguh-sungguh, memang itulah alasan mereka, hanya untuk melepas tangan. Aku tahu, bagi seseorang yang memahami segalanya, kerana aku pernah merasainya, semuanya itu hanyalah satu peluang untuk diperkukuhkan lagi. But InsyaAllah, semuanya ini hanyalah satu ketetapan dalam kehidupan. Kita sebagai hambanya hanyalah melakukan yang terbaik dan bertawakal. Selain itu kita sebagai hamba hanyalah perlu bersabar. Setiap sesuatu kejadian ada seribu satu hikmah yang kita tidak nampak. Kehilangan Nancy, membuatkan aku menjadi terumbang ambing dalam pembelajaran aku. John kata aku perlu defensive. Tapi aku rasa aku tak ada peluang lagi dengan Romas untuk membuktikan segalanya. Aku terperasan yang ketidaksefahaman tempoh hari memburukkan lagi segalanya. We need to be a good fighter in order to be a great survivor. Adakah aku kekurangan daya tahan? Sukar untuk aku katakan. Aku rasa aku sudah mencuba sebaiknya. Allah maha kaya. Aku hanya hilang seorang supervisor, tapi ada dua orang insan yang hilang ibunya buat selamanya. Mereka tak mungkin dapat mencari perempuan lain sebagai pengganti. Kasih ibu sepanjang hayat. Kasih sayang yang hanya tinggal kenangan dalam kehidupan mereka disaat-saat mereka rindu untuk bersamanya. Hidup dan mati, ajal maut hanyalah ketentuan Allah jua. Bersyukurlah kerana hari ini Allah limpahkan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki. Semuanya itu adalah dalam kiraan Allah jua. I have fight untul you die. I have no more way to fight in this world. It is suddenly feel so strange to me. P Ngah datang tergesa-gesa, P Ngah balikpun dalam keadaan tergesa-gesa. Time management P Ngah tak beberapa bagus aku rasa. Masa P Ngah turun Ldnpun masa kami tak ada. kata P Ngah selepas balik dari LDN baru nak balik Mesia, alih-alih hari yang sama dari LDN nak balik. Aku rasa P Ngah relies on everybody to do everything to him. Kalau di rumah P Ngah ada mak Ngah untuk uruskan makan pakainya. Aku terperasan, yang P Ngah tak pandai untuk tuangkan air dalam cawan dari teko. Kalau di tempat kerja, P Ngah bergantung pada setiausaha untuk uruskan temujanji atau segalanya. Jadi bila datang di sini P Ngah kena lakukan segalanya sendiri. Aku belum mengenali P Ngah dengan rapat untuk membaca litar fikirannya. Tapi itulah andaian aku selama P Ngah berada di sini. Tanpa dua orang insan dalam hidupnya (isteri dan setiausaha) P Ngah tak boleh buat apa-apa. Atas batu jemala patek@ 2004-12-07;4:18 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |