|
Demam Dalam cuaca yang sejuk sebegini, bermacam-macam penyakit boleh dapat. Diantara yang paling senang dapat ialah selsema dan batuk-batuk. Walaupun ianya penyakit yang biasa, tetapi adalah membahaya. Selsema di sini dibahagikan kepada 2, cold dan flu. Tapi kalau di Malaysia hanya di ketahui satu saja, cold, yang kita sering dapat kalau selalu main hujan. Tapi di sini sedikit berbeza, kalau cold tidak begitu membahaya, tapi kalau flu boleh membawa maut. Symtomnya sama seperti cold, tapi lebih parah. Selalunya bila tiba musim dingin, warga tua digalakkan untuk mendapatkan flu jab.
Bercakap tentang virus, orang yang tak sedap badan semasa raya semakin gelisah kerana sudah hampir seminggu dia tak sedap badan. Dah beberapa kali ulang ke kedai ubat. Aku cuma tolong ikut saja. Kalau boleh satu dunia dia ingin memberitahu dia tak sedap badan. Bukannya cold pun. Tapi cuaca menyebabkan kita rasa lemah satu badan. Akhirnya setlah lebih seminggu dia tak sedap badan, aku pula menerima jangkitan virus dari dia. Aku mula rasa tak sehat semalam. Tapi aku berbeza sedikit dari dia, aku rasa, sebab aku tak kepohkan satu dunia, cuma senyap-senyap aku mengeram dalam duvet. Pagi tadi aku tak berupaya bangun untuk sediakan sarapan dia yang kerja awal pagi. Cuaca di luar masih tidak berubah. Kami kalau boleh mengambil peluang sebanyak mungkin untuk hanya duduk di rumah sahaja. Hari sabtu yang lepas, jiran bawah kami membuat rumah terbuka, dan kenduri selamat. Aku tak dapat hadir, kerana aku kerja. Dia pulak, mengeram dalam duvet sebab tak sedap badan. Sempat lagi dia suruh aku tak pergi kerja. Tapi tak bolehlah macamtuu! Semasa di tempat kerja, aku rasa seluruh sendi aku sakit dan lenguh. terutama belakang aku. Balik malamnya belumpun sempat aku tukar baju, sibuk pulak orang yang tak sedap badan tuu nak makan, kayak kebulurlah pulak. Orang sakit selalunya tak lalu makan. Tapi specis nie lain pulak, lapar memanjang. Jiran bawah rumah kami datang hantar makanan kenduri ke rumah kami. Banyak betul juadah. Bukan main magkok kecil, periuk besar yang mereka guna untuk isi makanan. Bermangkok-mangkoklah pulak. Aku rasa boleh beri makan 5 orang, sedangkan kami hanya berdua saja. Terima kasih jiran kami. Aku tak payah masak bukan untuk malam tuu saja, besoknya sarapan pagi dan makan malam, kami makan makanan yang sama. Hari ini aku puasa, puasa ganti. banyaklah pulak aku kena ganti. Tapi itu hanyalah ujian dan latihan bagi aku, kata Kak Su. Terima kasih Kak Su diatas peringatan. Sememangnya hidup kita penuh dengan ujian dan latihan dan juga pengajaran. Atas batu jemala patek@ 2004-11-22;2:20 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |