sessi raya

Sessi raya tahun ini meriah juga walaupun pada awalnya tidak begitu gairah untuk meraikannya. Raya yang sepatutnya berada di tanahair bersama keluarga tersayang dan kawan-kawan yang dirindui, kami jadi sayu bila terpaksa di sini.

Hari raya pertama, yang dalam keadaan kelam kabut kerana rayanya hari sabtu, membuatkan aku membuat keputusan mendadak tentang persiapan makanan. Aku masak nasi lauk ayam masak merah dan kari ayam. Aku tidak sempat untuk pergi sembahyang raya kerana sibuk memasak. Sepatutnya tak jadi begitu, tapi ada orang beria sakan bangun pagi telefon anak-anak, menyebabkan bersembang panjang tentang raya yang kelam kabut. Hampir sejam lebih masa habis di situ saja. Lepas tuu baru nak berhempas pulas untuk memasak.

Hanya dia seorang saja yang dipaksa untuk pergi sembahyang raya. Rugi rasanya kalau tak pergi, sebab disamping dapat merasakan suasana raya, kami dapat keep in touch dengan yang lain untuk beraya. Pulangnya dia dari sembahyang, kami makan dan beraya suami isteri. Fitrah telah dibayar malam sebelumnya. Fitrah yang dikenakan adalah £3.50 seorang yang hanya di masukkan dalam tabung. Dia tidak begitu sihat, diserang selsema. Tapi demi raya digagahi juga.

Kami mula berjalan raya, selepas selesai sessi beraya kami di rumah. Nasi dihantar sedikit ke jiran bawah. Sebelah malamnya pulak, sessi orang datang bertandang ke rumah kamai. Walaupun ramai yang datang sehingga penuh rumah dengan tetamu, nasi kami tak habispun. Mereka datang hanya untuk bersilaturahim sahaja. Kemudian kami ke rumah orang lain pulak bersama dengan gerombolan yang berkunjung ke rumah.

Keesokannya bangun, bersiap mengemas rumah yang seperti tongkang pecah, Cawan, pinggan dan mangkuk hidang, bersepah di dapur, termasuk juga dengan periuk belanga di atas dapur. Berkemas itu dan ini sebelum merancang berpergian jauh di utara sana diatas jemputan kawan yang seorang ini. Membasuh juga pakaian dan menyidai terus, nanti pulangnya kain yang dibasuh sudah kering.

Sebelum bertolak, sempat memberitahu jiran yang kami akan berjalan raya, meniggalkan makanan benson di bawah. Berpesan supaya tengok-tengok benson sama semasa ketiadaan kami.

Tiba akhirnya di kediaman kawan ini. Selesai sudah satu tugasan memenuhi undangan dari seorang sahabat. Beria mereka menanya bila kita akan pulang, kerana semasa mereka datang bertandang dulu, beria memberitahu yang kita akan pulang bulan dec ini. Bila bencana menimpa, menukarkan suasana, payah sikit untuk menutur bicara.

Kami membawa bersama ikan yang di beli, ikan yang dipesan, kerana ikan tempat kami lebih segar. Tempat kami merupakan kawasan nelayan dan pelabuhan. Tapi kami di sana memborong sakan daging halal yang harganya jauh lebih murah, kerana kawasan ini ramai orang islam. Memborong juga makanan yang lain, sehingga penuh kereta. Dia masih lagi batuk-batuk dan selsema, cuaca yang sejuk tidak meredakan keadaan. Mahunya sessi sakit-sakit sebegini berlarutan.

Kami hanya bermalam semalam saja di sana. Mereka akan menerima cahaya mata yang ketiga sedikit masa lagi. Aku, masih lagi pada yang satu, satu lagi pada yang lain.

Perjalanan seterusnya, kami menuju ke rumah seorang sahabat yang lagi satu. Beria benar mahu ke sana kerana kami kenal rapat dengan mereka. Tiba di sana penuh dengan daging-daging yang banyak. Terpaksa menumpang peti sejuk mereka. Itupun tak cukup. Rumah yang selesa duduk. Kami bawa bersama bantal dan duvet, tapi tidak digunakan di rumah teman yang sebelum ini. Mereka meyediakan semuanya.

Setelah bersembang panjang, aku diajak oleh siisteri kawan ini untuk tidur dengannya. Biar kaum lelaki tiduk di ruang tamu saja. Tapi memandangkan siisteri letih kepenatan berkerja dan terpaksa bangun awal, aku membatalkan saja niat untuk tidur dengannya kerana tidak mahu mengganggu. Ketika itu, suami aku yang tidak sihat badan tidur di tingkat bawah katil di bilik anak lelakinya. Aku mencelah tidur sekatil dengan suami. Si isteri berpesan, kalau tidak selesa tiduk di tempat yang kecil, boleh tidur di ruang tamu. Si suami pada ketika itu berkerja lewat malam.

Setelah dia bangun lewat malam, aku mengajak dia untuk turun tidur di ruang tamu di bawah, kerana mana selesa tidur di atas katil single. Semasa kami turun bawah, si suami sedang tidur di sofa sambil menonton TV. Jam sudah lewat. Kami berbual seketika memberitahu yang kami ingin tidur di bawah. Si suami berkeras menyuruh kami tidur di bilik anak perempuan mereka yang biliknya lebih besar dari bilik anak lelaki mereka.

Paginya aku terkejut jaga kerana terdengar ada orang menenking 'Siapa suruh depa tidur situ.' Lantang suara si isteri memarahi suaminya.

'mereka turun bawah semalam, I yang suruh mereka tidur situ.' Jawab si suami dengan nada perlahan. Kemudian aku dengar pintu bilik tidur mereka dihempas dengan kuat sehingga aku rasa gegarannya.

Dia masih lagi tidur lena, kerana kepenatan dan keletihan, apatah lagi dalam keadaan tidak sihat. Bila dia terjaga, terus aku memberitahu apa yang terjadi dan mengajaknya pulang secepat mungkin. Rencananya malam semasa kami sampai, ingin bermalam di sini 2 malam. tapi kami batalkan saja. Kami datang dengan niat ingin menziarah, bukannya nak menumpang!

Kalau orang tak ada tempat tinggal, sanggup kami tumpangkan di rumah kami yang kecil ini. Bila kami datang ziarah, kawan yang kami anggap rapat, kerana mereka juga pernah menumpang tidur di rumah kami, ini pula layanan mereka. Cukuplah kami rasa persahabatan. Apa ertinya sebuah persahabatan, kalau tiada keikhlasan. Aku tak dapat mencari alasan yang conkrit untuk semua ini.

Tapi Allah maha mengetahui, kalau kita ikhlas dalam kehidupan, Allah mempermudahkan kehidupan kita. Hari ini Allah tunjukkan pada aku, kawan yang aku anggap akrab, tapi sebenarnya hanya manis mulut sahaja.

Ini merupakan pengajaran bagi kami, anadai satu kita mengundang dan menerima tetamu, mulut harus di jaga. Tingkah laku harus berhati-hati kerana manusia mempunyai hati dan perasaan. Manusia juga punya maruah dan harga diri. Pesinggahan kita di dunia ini hanyalah sementara saja sebelum pulangnya kita satu hari nanti ke alam barzah.

Kami pulang setelah berperjalan jauh, menziarah 2 orang sahabat yang berbeza cara, hanya Allah yang menampakkan segalanya. Kami pulang ke tempat kediaman kami, biarpun tidak segah mana, tapi 'home sweet home'. Pengajaran ini tetap kami ingat dan lebih berhati-hati kala menerima tetamu berkunjung.

Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat-sifat yang terlalu menyintai keduniaan sehingga melupakan rahmatMu.

Atas batu jemala patek@ 2004-11-19;11:36 a.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link