|
Hari raya ![]() Heart of Desire © Index Stock Pagi tadi berawal pagi menunggu bas seperti biasa. Lumrah kehidupan, andai diuji dengan cabaran, menjadikan kita semakin matang dalam hal-hal harian. Cabaran yang dihadapi menjadikan kita seorang insan yang tabah dan harap-harap dan terus berdoa agar segala ujian yang diberi, tak lain hanyalah untuk meningkatkan kesabaran dan keimanan. Ujian dari Allah menunjukkan Allah yang maha kuasa keatas hamba-hambaNya. Pagi tadi masih tiada orang menunggu bas. Bas pulak datangnya cukup-cukup waktu. Aku terpaksa ditinggalkan sendirian kerana ada orang terpaksa pergi kerja awal, setelah dia menunggu bersama agak lama. Takut juga menunggu keseorangan berawal pagi, macam-macam perkara boleh terjadi. Banyak kes-kes orang yang tidak siuman dan berbagai perkara berlaku. Setelah bas datang, ada beberapa orang penumpang yang nampaknya seperti student dari europa. Mereka menggunakan tiket yang dibeli di internet, seperti aku juga, kerana tambangnya 50%murah. Tapi sedikit kekeliruan terjadi dengan pemandu bas, kerana tiket mereka tidak mempunyai nombor rujukan yang sama. Nasib baiklah tiket aku tidak bermasalah. Setelah menelefon pihak yang berkenaan, mereka dibenarkan menaiki bas tersebut, tetapi terpaksa melaporkan perkara itu sesudah sampainya di destinasi. Walaupun pada perhentian mula tidak banyak penumpang, tapi bila dikutip penumpang dari satu perhentian ke perhentian yang lain, hampir separuh bas penuh bila tiba di destinasi akhir. Bas tiba lewat hari ini, matahari musim sejuk terpancar cerah, tapi kehangatannya tiada. Aku, tidur dalam bas sepanjang perjalanan. Jalan jem. Sampai di sekolah, mencari Christina, tapi dia tiada. Semasa hendak keluar dari tube station, tiba-tiba dalam suasana pagi yang senyap terdengar 2 penumpang di hadapan aku bertengkar dengan suara yang lantang. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Tiada siapa yang ketahui apa yang ditengkarkan oleh mereka berdua. Suasana yang hening menjadi riuh. Tapi aku rasa puncanya hanya sedikit cuma. Manusia, macam-macam perangai. Benda yang sedikit-sedikitpun nak gaduh lebih-lebih. Sedikit sebanyaktuu terima sajalah. Bukannya manfaatpun kalau bertengkar. Semalam, memaksa dia keluar untuk mencari barang membuat kuih raya. Rencanaya sekarang masih lagi dalam samar-samar, ingin berhari raya pertama di sini, kemudian akan ke rumah sahabat yang seorang ini, setelah sahabat ini mengajak berkali-kali. Lepas itu tak tahu lagi. Semalam ada orang menelefon, mahu bertanya aturcara bertandang pada hari raya pertama. Mereka ingin megatur rumah dari satu rumah ke satu rumah yang lain. kalau semuanya berjalan mengatur rumah, siapa pulak yang nak tunggu untuk menyediakan persiapan. jadinya, ABCD...,orang yang sama ke rumah A dan B dan C dan D dan..... Kami merancang untuk masak sesuatu, tapi bergantung kepada plan juga dan juga bahan yang ada. Tapi semalam telah membakar kek buah. Sepatutnya kek buah dibuat 1 bulan sebelum raya, untuk rasa yang lebih sedap. Kerana difahamkan, glukus dari buah akan melembabkan kek bila disimpan dengan lebih lama menyebabkan kek menjadi lembut dan berperisa. Selalunya aku akan titikkan dengan air teh yang dibuat pekat ke atas kek untuk mendapat kondisi kelembabpan kek. Untuk sessi besok dan lusa adalah persiapan hari raya. Menunya masih lagi dalam samar-samar. Atas batu jemala patek@ 2004-11-11;11:04 a.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |