|
Raya Tahun ini adalah tahun yang sepatutnya aku berhari raya di tanah air. Tahun terakhir pengajian, tahun yang mereda rasa setelah sekian lama tersiksa dengan pengajian. Tapi Allah yang menentukan segalanya. Kerana tahun ini adalah tahun yang terjadinya perkara yang tak terduga, perkara yang dielakkankan oleh semua yang terlibat dalam pengajian, kematian. Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu dielakkan dalam pengajian yang sukar ini, tapi yang paling seruis ialah kematian supervisor. Kematian Nancy adalah sesuatu diluar jangkaan, kerana kematiannya tanpa sebarang notis sakit atau cedera. Berita kematian Nancy datang selepas 2 hari aku berjumpa Nancy yang dalam keadaan segar bugar. Kematian Nancy adalah kematian kedua dalam hidup aku di sini. Kematian pertama adalah kematian supervisor aku juga, semasa MSc. Tapi dia mati setelah aku tamat pengajian. Diapun mati secara short notice juga, yang hari jumaat dia masih lagi segar bugar di sekolah, hari isninnya kami menerima berita kematian beliau. Selepas Nancy mati aku menjengah bilik Nancy, aku nampak post-it note yang dia letak di screen monitor jummat yang lepas untuk mengingatkan tentang sesuatu untuk dia uruskan pada hari selasa nanti. Aku nampak fail yang dia susun baik-baik untuk hari selasa nanti. Hari rabu selapas menerima berita tersebut, mejanya tak terusik. Berbalik pada isu yang ingin aku sampaikan, disebabkan kematian Nancy, pengajian yang sukar ini menjadi bertambah sukar, aku terpaksa berserah pada Allah. Pangajian yang sepatutnya habis tahun ini terbantut. Penderitaan yang sepatusnya melegakan pada tahun ini menjadi bertambah sebaknya. Kami masih lagi berhari raya di sini tanpa kaum keluarga. Tahun ini kami mendapat undangan dari kawan untuk berhari raya di tempat mereka. Tahun ini kami menerima 'the one and only' kad raya dari seorang sahabat yang senantiasa mengingati dari jauh. Terima kasih pada sahabat ini. Atas batu jemala patek@ 2004-11-10;11:41 a.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |