Aromatheraphy

Berawal pagi menjadi routine kehidupan. Dihantar suami ke stesyen yang tibanya awal 10 min menunggu bas dengan beberapa lagi penumpang yang lain. Tiba di sekolah, bertempung dengan seorang lecturer yang sering berbual bicara. Tapi sejak 2 menjak ini setiap kali ingin duduk bersembang ada saja yang terhalang.

Tapi ingatan tetap ada, pagi ini diketemukan Allah first thing in the morning. Semalam, begitu juga, memberitahu suami yang ingin pergi menziarah tetamu kami yang pernah menginap di rumah ini berminggu-minggu sehingga mereka dapat rumah. Telah lama mereka pindah, tapi sekalipun tidak pernah menjengok. Lantas semalam bertekad hati, memberitahu suami, pulangnya nanti selepas mengajar budak-budak kita telefon mereka, memberitahu yang kita ingin menziarah mereka. Tidak perlu bersusah payah memasak, sebab hanya ingin singgah bertanyakan khabar.

Tiba-tiba, semasa sedang mengajar budak-budak suami menerima panggilan telefon dari tetamu yang menimpang di rumah kami ini, mempelawa kami ke rumah mereka selepas berbuka puasa. Apa-apa detrik di hati, tertunai juga. Alhamdullillah, semuanya hanyalah ketentuan allah belaka.

Aiman dan Adilla sekarang bukan main lagi berceloteh dan bercerita itu dan ini. Thara, setiap kali mengajar, hanya mahu duduk di atas riba. Begitulah seadanya, anak sendiri tiada, anak-anak orang menumpang kasih. Aiman, 14 tahun, adila 12 tahun, thara 5 tahun.

Bukan senang mendidik anak-anak muslim di negara yang muslim tidak menjadi agama yang rasmi. Malah di sini walaupun agama rasminya kristian, tidaklah sekuat mana bila dibanding dengan dengan negara-negara eropah yang lain. Walau apa sekalipun, tempiasnya tetap terasa pada kanak-kanak seusia dengan Aiman dan Adila. Peringkat ini adalah peringkat memahami dan banyak bertanya. Aiman lebih cenderung dengan bertanya ' are they going to hell?' Jenuh memberitahu, Islam bukannya tentang pointing your finger telling them they are going to hell' Susah kalau bukan ustaz atau ustazah yang mengajar. Ilmu dan iman di dada masih lagi belum kukuh untuk menerajui semua ini. Kalau Aiman bertanya itu dan ini, Aiman lebih banyak berselindung cakapnya. Bicaranya lebih berlapik.

Lain dengan Adila yang lebih analytic, yang lebih direct. If you say muslim can not drink, why do my parents drink? Susahlah pulak nak jawab, sedangkan kami sendiripun tak begitu rapat dengan keluarga ini. Hubungan kami dengan keluarga ini hanya terjalin akrab dengan anak-anak bila mengajar mereka membaca quran dan sembahyang. Tapi naluri anak-anak tidak terputus-putus bertanya itu dan ini.

Semalam lepas solat insya, bergegas ke rumah tetamu ini. Rumah tingkat atas, senang masuk ke rumah ini, walaupun tiada perabot lengkap, rumah ini menambat hati. Kami dihidang nasi ayam sebagai juadah makan bersama. Banyak lah pulak yang dimasak, kebetulan tuan rumah ini masak lebik meyangkakan yang jiran bawah rumah akan turut serta, tapi tak jadi. nasi lebih di bawa pulang untuk bersahur. Tapi pagi tadi bergegas untuk keluar awal, sahurnya tak makan. Aku hanya makan sedikit buah, dia makan bubur oat, bila malamnya badan terasa masuk angin dan sebu perut.

Semalam ada orang tidak boleh tidur, hidung tersumbat dan rasa sesak dada. Aku menitikkan beberapa titik minyak kayu putih. Minyak ini bagus untuk meredakan sesak dada. Orang itu tidur nyeyak dan tidak berdengkur seperti biasa. bangunnyapun lebih awal, belumpun lagi jam berbunyi. Bila tidur nyenyak, kita sebagai orang dewasa tidaklah tidur banyak, tidur hanya sekadar merehatkan badan.

Di rumah, selain dari minyak kayu putih, ada beberapa lagi koleksi aromatherapy seperti lemon oil, sweet orange oil, lavender, dan tea tree oil. Semuanay ini digunakan pakai semasa mandi, ataupun dititik dalan minyak lotion badan.

Atas batu jemala patek@ 2004-11-08;11:16 a.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link