Berseri mewangi

Dalam kepayahan ada sinar mentarai. Hari ini aku membuka e-mail lambat a.k.a datang library lamabt. Sakit satu badan kerana berpejalanan jauh dan berawal pagi semalam.

Hari ini melayan kerenah suami yang dia rasa dia terabai disebabkan kekalutan tugas harian. Hari ini meneman a.k.a bershopping bersma. Bermula dengan menghantar surat kepada insuran, terlanjur menjari perfum yang dikrim bicara oleh anak dara di sana. meminta perfurm yang ini juga, tidak mahu perfum yang lain.

Singgah ke kedai membeli perfum membeli perfum yang di minta, suami mencadangkan beli saja perfum yang ada tawaran murah. takut pulak nanti tak berkenan, beli saja yang dikirim. Anak-anak sekarang pandai memilih, kalau tak berkenan tak mahu dia. Dari hati tersentak kalau anak-anak tak berkenan, lebih baik beli saja apa yang mereka minta.

Selepas membeli perfum untuk anak dara, kita disemawa untuk memilih perfum sendiri. Tapi tak ada yang berkenan, lagipun aku bukanlah jenis yang suka memakai minyak wangi. 5th avenue masih bayak lagi dan baru beli beberapa bulan yang lalu semasa ada tawaran sekali dengan lotion badan. Berjalan-jalan melayan mata melihat singgah masuk beberapa kedai pakaian yang ada orang berjanji mahu belikan baju raya. Tapi tiada yang berkenan. Semuanya diangkat dan diletak semula. Keperluan baju sudah mencukupi bagi aku. Tidak perlu beli banyak-banyak. Apa yang ada sudah cukup untuk membuat pusing basuh.

Berjalan-jalan lagi, ada orang mengajak kita pergi ke kedai yang menjual baju serta kasut yang harganya murah, dia membeli sepasang kasut yang aku rasa kasutnya dah ada hampir sepuluh pasang. mempelawa aku samaada untuk membeli atau tidak kalau terjumpa yang bekenan. Tapi payah sangat aku nak jumpa benda yang bekenan dihati. Kalau kemana juga bershopping, jarang sekali aku membeli. Cuma angkat sekali, kerana harganya lumayan. Letak balik, kerana tiada saiz, angkat lagi, nampak macam sesuai, latak balik fikir-fikir daha adapun di rumah. Pakai saja mana yang ada, beli bila ada keperluan.

Semasa pergi ke kedai yang satu ini, terserempak dengan satu keluarga, melihat isteri pakai tudung seperti kita, tapi muka seperti muka orang timur tengah. Seorang lelaki dan perempuan dengan ada kecil. Mereka sedang makan di satu cafe ini di tempat awam tanpa segan silu. memberitahu suami, suami kata, mungkin isterinya tidak boleh puasa.

Membalas balik, habis yang suamipun makan sama apa masalahnya!.

Apa-apapun ini semua dalah dugaan Allah dalam bulan puasa ini. Kita tidak boleh berperangsaka buruk. Semuanya harus kembali kepada yang maha esa. Singgah di sati kedai baju ini, tidak jadi membeli apa-apapun. Suami masih ada lagi 20min untuk berjalan-jalan bershopping. mengajak pergi ke satu kedai pinggan mangkuk ini. Kedai yang sering masuk, tapi tak pernah beli. harga barangnya mahal. Pernah beli hanya sekali bila ada jualan murah.

Masuk ke kedai tersebut, hanya sebagai rutin setiap kali berjalan ke sini pasti singgah menjamu mata, memuaskan hati. tapi tadi, masuk, ada jualan murah yang secara spontan meminta suami belikan.

Alhamdullillah, suami sudi membelanjakan sedikit peruntukan untuk membeli barang dari kedai ini. Tercapai sudah hajat di hati ingin memiliki barang tersebut. Harga berjualan murah, yang kami hanya membayar 25% dari harga asal barang tersebut. Terima kasih kepada suami yang memahami hati ini. kalau lelaki, lebih kepada berbelanja kereta, kalau isteri lebih kepada berbelanja barang-barang dapur dan rumah.

Ada beberapa e-mail yang aku terima yang menyenangkan hati. Mungkin berkat doa semua orang yang sudi berdoa untuk kesenangan perjalan ini. Terima kasih, semoga Allah taala saja yang dapat membalas segalanya.

Atas batu jemala patek@ 2004-11-03;9:19 p.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link