Gelisah hati

Hari ini berawal pagi, memulakan perjalanan ke sekolah. Dihantar suami ke stesyen bas dengan kereta sebelum bertolak ke tempat kerja. Minggu ini suami berkerja shift pagi. Semalam , hati seakan remok berhiba, menerima warkah yang menyentap dada. Ada baiknya dan ada hibanya. Tapi semua ini adalah dugaan Allah yang maha pencipta. Dalam dugaan sebegini, takut rasanya andai keiklasan kita dalam beribadat menyeleweng meminta pada kebaikan dunia dan melupakan akhirat. Takut juga nanti terlupa sebagai seorang hamba, yang kita hanyalah diciptakan untuk beribadat, dunia hanya sementara.

Tidur semalam tidur yang menganggu. Tidur semalam juga didatangi mimpi-mimpi ngeri, mimpi seakan-akan berpindah ke tempat baru yang lebih selesa, tapi besok bangunnya, rupa-rupa rumah di tengah kawasan perkuburan, yang kelihatan batu-batu nisan putih di keliling rumah. Mimpi yang mayatnya tidak mati. Mimpi yang rumah baru pindah, jauh dari sekolah, jauh terpencil di lurah gunung yang menghijau.

Pagi tadi tidur di dalam bas kepenatan dengan hati yang gelisah. Gelisah pada sepucuk surat yang diterima semalam. Gelisah memikirkan apa yang akan terjadi pada diri ini. Gelisah yang meyebabkan aku menjadi takut, kerana gelisah aku hanyalah sekitar hal-hal dunia saja.

Atas batu jemala patek@ 2004-10-27;9:53 a.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link