Bingkai biru

Banyak hari telah aku tinggal. Hari-hari yang aku tinggal adalah hari-hari yang aku rasa sedih dan kecewa tentang pengajian aku. Tidak ada apa yang perlu aku lakarkan di sini kerana ianya hanya akan meruah masuk tiada penghujungnya. Sesungguhnya setiap hari yang diberikan Allah adalah sebagai satu ujian pada hambanya, yang menentukan tahap keimanan dan kewibawaan kita.

Hari jumaat aku pergi kerja, ramailah pulak yang datang sehinggakan kami semua dah tak ada kerja nak buat menjelang 10pm. Bagi aku cuma ada 30min lagi untuk dibuang, setelah aku break, yang sepatutnya aku tak boleh break. Bagi yang lain balik 12 mlm lagilah mendonggak dagu.

Hari jummaat aku dapat biskut dari compani kerana dalam audit kedai kami dapat 90% lebih. Yang lain dapat wine, aku minta apa-apa saja yang tidak berkaitan dengan alkohol dan meat product - a.k.a vegetarian. Toilet yang aku tonyoh dapat 100%. Bila Catherine beritahu aku, aku melompat sakan, kerana audit tuu hari Isnin, Ahadnya aku yang buat toilet tuu. Selalunya audit hari lain yang aku cuti.

Hari sabtu, paginya sudah menjadi lumrah, pergi mengajar budak-budak. Ria ada sama, mencadangkan pada kami supaya membuat ulang kaji kepada anak-anaknya. Budak-budak nie suka sangat exam! Aku juga menggambil kesempatan memberitahu Ria yang kami tak mampu untuk mengajar anaknya seperti mana yang dia sarankan pada minggu yang sebelumnya. Suami aku juga berceloteh kerana mana ada masa untuk prepare tajwid, tauhid dan feqah, yang bagi kami masih lagi berusaha untuk belajar. Bukan calang-calang orang boleh mengajar semua ini! Silap-silap ajaran nanti bahaya! Ugama islam aku cuma tahap SPM sekolah sains, bukan dari sekolah agama. Ugama Islam suami aku lagilah, zaman penjajah dulu, masukpun sekolah inggeris, apa sangat yang diajar! Pengajian dengan tok guru hanyalah meliputi bacaan Al-quran. Yang selebihnya, kami belajar sedikit demi sedikit melalui usrah dan dia sekarang selalu ke masjid, belajar dengan orang-orang di masjid, yang kebanyakannya bangla, kekadang arab.

Kami rasa Ria sedikit upset dengan saranan aku yang dia boleh hantar anak-anaknya ke madrasah belajar dengan guru bangla. Tak mahu dia! Aku bertegas di sini dalam perkara mengajar anaknya, jika dia masih lagi mahu kami mengajar, kami tak mampu untuk membawa subjek yang dia sarankan pada kami. Apa yang kami boleh tekankan adalah tentang sembahyang dan baca quran. Yang selebihnya pandai-pandailah sendiri. Kami tidak mengambil upah dalam perkara ini dan sememanganya kami tak pernah ambil upah dalam hal-hal seperti ini yang tak pernahpun kami lakukan. Tapi dalam kehidupan kami berkaitan dengan hubungan sesama manusia kami tidak pernah sandarkan pada nilai wang, biarpun kekadang melibatkan sedikit perbelanjaan dan pengorbanan masa. Kalau nakkan wang, aku lebih rela tonyoh jamban, jika itu sumber aku yang sebenarnya. Alhamdullilah, walaupun aku hanya tonyoh jamban, wang itu dapat aku guna untuk perbelanjaan aku.

Semalam ada orang datang secara mengejut sebelum buka puasa. kedatang orang itu secara mengejut adalah kerana ada permasaalahan suami isteri. kami bertiga berbuka puasa dulu. Isi perut dulu selepas sembahyang baru berbincang semula. Ahad yang ini seperti ahad yang lepas, suami aku tidak dapat untuk bertarawih di surau, kerana ahad kali ini didatangi tetamu yang bermasalah, dan sebagai orang yang lebih dewasa, kononnya banyak pengalaman, kami cuma mampu memberi nasihat.

Jangalah bila ada masalah keluarga ataupun suami isteri, bila kita meminta pandangan orang, orang menasihatkan kita supaya bercerai berai. Tidak ada kesudahannya. Takut nanti kita akan dipertanggungjawabkan dalam merobohkan rumahtangga orang. Persenketaan dalam rumah tangga bagi sesetangah orang tidak dapat dielakkan. Bukan semunya berkahwin cinta kasih sayang, yang hidupnya aman bahagi hingga keakhir hayat. Bagi mereka ini, memjalani kehidupan dalam perkahwinan adalah dugaan yang paling berat. Kekadang boleh menggugatkan keimanan diri.

Hari ini aku nak ambil cermin mata aku - dah siappun

Atas batu jemala patek@ 2004-10-25;12:46 p.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link