|
B day wishes ![]() Selamat hari jadi sayang! Semalam ada orang meyambut hari lahir. Semoga orang yang disayangi dan dihormati akan berbahagia sepanjang hayat. Semoga kebahgian hari muka bermulanya dengan hari ini. Hari lahir orang itu jatuhnya pada bulan puasa mengikut kiraan kalendar masihi. Begitu juga denga hari lahir anakanda Faten yang 2 minggu lagi. Tiada apa yang istemewa dalam meyambut hari lahir. Katanya nantilah balik malaysia kita sambut.Bila nak balikpun masih belum diketahui. Sekarang mana seronok sambut kat sini. Tiada apa yang seronok di sini, bila kebahgiaan berada pada sanak saudara, anak-anak, dan tanah tumpah darah sendiri. Puasa tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu, bila sahur menjadi masalah utama. Aku bangun masak sahur dan makan bersama. Masih ingat lagi masa sebelum bersuami, aku lebih santai dengan minum atau makan sedikit sebelum tidur. Tapi bila bersuami, payah sedikit untuk aku tukarkan rutine kehidupan aku. Tidur aku adalah segalanya. Tidur untuk merehatkan badan dan memulihkan tenaga. Apatah lagi dulu selepas kena serangan migrain yang kuat, aku selalu menjaga tidur aku agar 8 jam tidak diganggu tidur. Apa-apapun bila usia semakin lanjut, keadaan hidup juga berbeza. Hari jummaat yang lepas aku tidak kesekolah ada orang janji untuk beli baju raya anak-anak. Alih-alihnya, baju raya dia yang banyak. Katanya baju itu dikumpul beli untuk pakai dimalaysia nanti. Nanti bila di malaysia tak payah beli lagi. Baju yang dia kumpul beli tuu lebih banyak dari baju aku yang sedia ada untuk pakai. Pakaian lelaki lebih murah berbanding dengan pakaian wanita. Pakaian perempuan agak sedikit mahal. Sehelai kemeja lelaki lebih murah harganya dari sehelai bra! Kepuasan berpakaian terletak pada individu. Dia ingin membeli pakaian raya untuk aku, tapi pada tika ini tak ada pulak yang berkenan di hati. Yang adapun harganya diluar budget. Nanti-nanti saja. Hari sabtu yang lepas, selapas ada orang beriya nak beli baju raya untuk aku, dan memperuntukkan budget untuk baju raya aku, aku gunakan budget itu untuk menukar kaca mata baru. Kacamata yang aku pakai sekarang ini sudahpun berusia 7 tahun. Kacamata yang dibuat sebelum datang ke sini. Sekarang bingkainya masih lagi kukuh. Power mata tidak berubah banyak sebab bila usia dah lanjut, otot mata semakin stabil. Cuma cermin mata aku penuh dengan calar-calar. Membuat cermin mata ingin memakai lensa kalis imbasan, tapi mahal sangat. Harga cermin kalis imbasan mencecah £70 yang aku rasa mengarut. Itu cuma harga kanta sahaja. Tidak termasuk dengan binkai. Seingat aku dulu, harga keseluruhan kaca mata aku hanyalah RM500. Itu berbingkai titanium yang harganya sedikit mahal dari harga biasa. Baguspun binkainya hingga kehari ini masih lagi kukuh. Tak ada senget-senget. Hanya menggunakan cermin yang biasa. nantilah kalau ada rezeki aku akan buat di Malaysia. Semalam, rumah dikunjungai tetamu kami yang menumpang di sini dulu, bersama dengan jiran bawah kami. Mereka datang selepas kami berdua makan kekenyangan berbuka puasa. Selepas dia sedang bersiap untuk pergi berjemaah terawih di surau. Alihnya mereka 2 pasangan naik makan di rumah kami sambil kami tumpang makan popiah pisang yang digoreng oleh jiran bawah. Aku lebih suka popiah basah yang disediakan oleh jiran bawah aku makan bersama chili oil. Hari ini ada orang sambut hari jadi, aku ingat ingin sediakan sesuatu. Nantilah dulu! Atas batu jemala patek@ 2004-10-18;12:29 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |