Police

Semalam pagi, dapat telefon seawal 8.30am dari bapa polisi mahu ke rumah untuk membuat laporan tentang kecurian kereta tempoh hari. Aku tidak ke mana-mana menunggu si bapa polisi datang.

Masa terbuang begitu saja di rumah, kerana aku tak bisa untuk belajar di rumah. Memang terasuh dari sekolah, rumah bukanlah tempat untuk aku belajar. Apatah lagi rumah yang aku tinggal sekarang ini banyak terpahat kenangan-kenangan duka dalam hidup ini. Rumah dimana mengingatkan aku pada orang-orang yang aku sayang. Rumah dimana terjadinya incident-incident yang kurang gemar diingat. Rumah di mana banyak orang datang menumpang, kemudian mereka hilang entah ke mana. Ada juga yang banyak bawa mulut tak berapa bagus tentang kita.

Walau apa sekalipun, rumah ini tetap berjasa. Biarlah ia menjadi rumah yang berkat. Rumah yang bila orang datang untuk berteduh, ia dapat menyediakannya. Rumah yang mana bila tetamu datang dengan hati gusar, pulang mereka dengan senang hati. Rumah bilamana perut lapar, akan pulang dengan kenyang. Rumah yang menghormati tetamunya.

Setelah jam 3 petang, barulah bapa polisi menefon, minta maaf kerana tidak dapat datang hari ini. Gerampun ada, tapi jangan selalu dilayan perasaan marah ini, kerana sesekali bila kita di amuk dengan hal dunia, syaitan cepat sangat menyelinap masuk.

Seharusnya dalam kehidupan ini perlu banyak bersyukur dengan kurniaan ilahi, walaupun yang kala ini hanya nampak kekurangan belaka. Bila kita belajar mengucap kesyukuran pada ilahi bila kita rasa kesempitan, kita akan belajar erti sebuah sabar dan redha menerima apa jua.

Menerima e-mail dari George, akhirnya 'ketemu' juga. Goerge menghilang, kerana dia masuk hospital 2 minggu sebab food-poisoning.

Semalam, tetamu kami telah mengambil kunci rumah mereka. Rumah yang terletak agak jauh dari sekolah, tapi tempat yang menarik menghadap laut.

Dia pulang kerja semalam, naik lemak, sebab isteri ada menanti di rumah. Semalam dia lupa bawa kunci. Terlanjur dengan menunggu bapa polisi, menunggu juga suami pulang. Bila nampak si isteri menuggu, menyuruh masak sesuatu, lapar katanya. Aku masak mee goreng menggunakan rempah kuah pecal yang diberi oleh Ria tempoh hari. Memasak lebih, untuk tetamu yang kala itu masih lagi belum pulang ke rumah.

Rencananya, petang nanti boleh ambil kereta yang ditawarkan oleh John dan Ria untuk sementara waktu. Tapi alihnya, dia terlalu letih dan ketiduran. Bangunnya untuk sembahyang magrib dan insya. Berbual bersama tetamu yang kala itu telahpun pulang dan makan mee yang digoreng tadi. mee yang telah sejuk hanya dipanaskan dalam microwave.

Mee selebihnya diberikan pada jiran bawah, bukan sebab baki makanan, tapi mungkin dalam satu kuali yang aku guna untuk goreng mee tersebut, ada juga bahagian untuk orang lain. Takut nanti bila mati, ditanya malaikat tentang apa yang aku makan dan perilaku akau ketika hidup nanti. Rezeki yang Allah beri hari ini pada aku ada juga rezeki orang lain.

Jiran bawah aku, beri popiah basah yang enak dimakan dengan chili oil. Habis sepinggan kami 4 orang makan, Jiran bawah akau yang ber'mmod' masak juga beri kami buah yang dihiris dihias cantik. Alhamdullillah, sedap makan semalam.

Atas batu jemala patek@ 2004-10-13;12:24 p.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link