|
Mendengar guruh di langit,air tempayan dibuang jangan Aku tak mendengar guruh di langit, itu hanya mungkin khayalan dalam igauan aku. Aku tak buang air di tempayan kerana tempayang itu memang sudah lama kering kontang tak berair. Aku dapat lihat dasarnya sedikit merekah kekeringan. Incident semalam, hanya satu biasan, secebis cuma. Incident yang mampu menyelitkan rasa reda di dada dan membibitkan rasa sayu di hati. Mungkin atas dasar simpati manusia terhadap diri ini. Apa2pun semua ini hanyalah ketentuan Allah jua. Hari ini bertelefon panjang berbicara dengan bonda dan anakanda tercinta. Dulu anak ini tidak banyak bicaranya dalam telefon. Kini bila sudah besar panjang, banyak pulak ceritanya, itu dan ini. Semalam pulang ke rumah, tetamu dan jiran bawah rumah aku sedang rancak bersembang sesekali berderai ketawa di dalam bilik mereka. Nasi telah masak sejuk dan ada juga telur dadar dan sayur. Aku lapar, tapi ingin dulu berkongsi rasa dan cerita. Menelefon Zoe, sahabat yang seorang ini, berbual sekejap tentang incident yang aku lalui. Mandi, bersihkan badan, menjamah nasi yang tersedia. Sebenarnya lebih berminat untuk masak 'maggi' saja. Tapi memandangkan ada nasi makan juga. Jiran di bawah menumpang mesin basuh membasuh baju. Rumah jadi riuh, tapi aku malas nak join sekali. Rasa penat dari perjalanan membuatkan aku lebih suka diam dan menyendiri. Ingin rasanya kala itu aku nak mainkan lagu Micheal bolton, tapi tak ada tapenya, aku nak main lagu tony braxton. Nantilah dulu. Hari ini aku dah tak bersemangat nak buat apa-apa. Minggu ini saja sudah 2 kali aku ke city school. Semalam, aku buat kali pertamanya selepas berjumpa dengan insan yang membaca dari mata aku, aku ke kampus yang lagi satu. Kampus yang jauh sedikit dari kampus aku, kerana ada buku yang perlu aku belek atas saranan beliau. Tak lama aku belek, kerana lepas itu aku rasa tak sesuai dengan citarasa aku. Buat masa sekarang aku nak lepak kat umah saja. I miss my time alone. Atas batu jemala patek@ 2004-10-08;1:03 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |