|
Stoned cold
Kuiz diatas dimuat turunkan setelah membaca dari entry 'rasanubari'. Jarang sekali bila membuat kuiz tersebut mendapat komen yang positive. Tapi tak mengapa, ini hanyalah satu 'senda' gurau, biarpun ada betulnya, mungkin tempias dari dalam hati. Pintu hati ini memang senantiasa tertutup. Tapi bila diketuk, pasti terbuka luas mengundang siapa yang mengetuk. Melayan dengan penuh mesra. Tapi pintu ini akan tetap tertutup, menyebabkan orang manganggap kita ini sombong orangnya. Biarlah apa orang nak kata, sememang manusia suka berandaian. Andai dilayan perasaan suka berandai ini, bermacam-macam kata-kata sumbang yang dapat didengar terpancul dari mulut. Kenapa aku menutup pintu? Takut pencuri masuk! Hari ini cuaca terang benderang, tetapi angin bertiup sejuk. Aku berjalan kaki ke sekolah seperti biasa. Berjalan mengurangkan ketengangan otot-otot badan yang semakin lanjut usia. Berjalan agar kitaran darah dapat berfungsi dengan sempurna. Berjalan sambil-sambil berzikir dan berdoa, agar kekecewaan dan kegelisahan hari-hari semalam dan hari-hari yang mendatang memberi sumber kekuatan jiwa dan berdoa terus agar segala kerumitan hidup yang melanda, tak lain hanyalah ujian dari Allah semata-mata dan agar dengan ujian ini aku menjadi insan yang tabah hatinya. Berdoa agar dengan dugaan ini dapat meningkatkan keimanan. Janganlah diruntuhkan keimanan hanya dengan ujian dunia semata-mata. Kita hanyalah mampu berusaha, hanya kepada Allah jua kita berserah. Semalam malam pulang dijemput lewat dari library. Musim sekolah telah bermula, library tutup lewat tengah malam. Musim masih lagi tak ramai pelajar di library. Petangnya aku pulang untuk sembahyang zohor dan asar. Singgah membeli ikan dan beras. Membeli ikan mekeral, yang harganya murah berbanding dengan harga ikan-ikan yang lain. Lagipun ikan makeral nampak segar bugar. Ikan yang rasanya seiras dengan ikan termenung ataupun ikan kembung di Malaysia. Membeli juga ikan tamban salai yang popular di holland. Ikan salai yang dimakan dengan roti bersama bawang. Enak memecah selera. Ingatkan semalam nak buat kari ikan makarel, tapi rasa macam malas pulak, tak bersemangat. Tidak bersemangat, yang tersimbah keluar dari rasa kekecewaan dengan pengajian. Sesungguhnya pengajian ini bagi aku adalah satu keperitan. Pahit seperti hempedu yang sukar ditelan. Pahitnya yang menghilangkan selera. Jalan ini terlalu sukar bagi aku. Disaat keperitan sebegini, menanya diri sendiri, kenapa aku masih lagi di sini untuk mengharungi kehidupan yang sebegini. Mungkin ada satu rahmat disebaliknya.
Atas batu jemala patek@ 2004-10-06;11:33 a.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |