Kelam mata

Hari ini datang city school, dengan hati berbelah bagi, dengan harapan yang hilang ke mana. Sehingga mana penderitaan ini harus dihadapi. Pendek sangat pandangan 'mata' sekarang, kala dugaan demi dugaan, menyebabkan kesempitan melanda hidup ini.

Semalam tel George, tiada yang angkat. Aku menjadi gusar. Hari ini check e-mail tidakpun dibalas. Mungkin dia dah merajuk. Mengeluh panjang! Mungkin ada seribu hikmah di sebalik segala pergelokan jiwa. Melatih diri erti sebuah sabar dan redha. Mungkin juga ini ada satu pengakhiran. Mungkin ada kehidupan baru selepas ini, yang lebih baik untuk semua. Walau apa sekalipun, sesekali badai melanda, sesekali bencana menimpa, terentak juga hati ini. Lentur juga semangat ini, hancur juga hati ini pecah berderai.

Tadi sebelum ke sekolah, aku telahpun berbincang puas dengan dia. Menerima kiranya ini bukan habuan aku. Namun dalam jangka masa terdekat ini, biarlah aku meneruskan apa yang ada. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Andai ini menjadi rezeki aku, maka ia akan jadi milik aku. Terlalu kelam kala ini untuk menafsirkannya.

Tetamu yang menumpang kini sudah lebih seminggu bersama kami. Ada beberapa rumah yang perlu dilihat sebelum mengambil keputusan. Semuanya ini adalah dari rakan surau. InsyaAllah semoga mereka mendapat rumah.

Sekarang, bukan aku sorang saja yang basuh baju, tetamu aku dan jiran bawah aku juga menumpang basuh baju sekali. Jiran bawah aku sekarang dah jadi macam duduk dekat rumah kami saja, setiap malam makan bersama. Nasib baik mereka ringan tulang dan tk berkisah tentang makan-makan.

Semalam, seperti malam-malam yang lain, masa makan, makan beramai-ramai, kami berdua, tetamu sepasang, dan jiran kami sepasang, menjadikan suasana makan malam seakan-akan berpesta ria. Aku hilang perkiraan stock 'pantry' aku. Sedar-sedar beras dah habis, tapi telah dibeli oleh jiran, ayampun dah habis, semua seperti 2kali ganda lajunya. Semalam, ditambah pulak dengan ada 3 lagi tetamu yang hadir kala kami mahu makan malam, menjadikan jumlahnya 10 orang.

Sejak ada tetamu menumpang, rumah ini tak kering dengan ada saja yang datang dan berkunjung, biarpun hanya dari jiran dibawah. Jiran yang banyak menolong tetamu ini menunjuk jalan, menjadi pamandu pelancung, kerana aku sering ke sekolah dan kerja. Lagipun beza umrnya tidak banyak, mereka lebih kepada rakan taulan. Kami seperti kakak dan abang bagi mereka dengan jarak usia yang berbeza.

Walau apa sekalipun, kami hanya berharap, biarlah kalau satu hari nanti, jika mereka mempunyai rumah sendiri, janganlah pula bermulut 'jahat' mencemuh orang itu, mencemuh orang ini, menghasut orang itu, menghasut orang ini. Hidup dalam kelompok yang kecil ini senang sangat terjadi perkara seperti ini. Silap sikit, diperbesar-besarkan dan diheboh-hebohkan.

Hidup kita tak lama. Mati datang bila-bila masa saja. Kejadian yang menimpa nancy membuatkan aku menjadi semakin insaf. Takut nanti, bila kita bercakap buruk pasal orang, besoknya kita telahpun meninggal. Biarlah kita bersihkan hati kita, redha dengan apa yang kita dapat hari ini, moga itu menjadikan satu latihan pada kita supaya satu tika nanti, andai kita terpejam mata buat selamanya, jika ada yang mengingati kita, biarlah memori mereka yang indah murni belaka dan terus mendoakan kesejahteraan kita.

Atas batu jemala patek@ 2004-10-04;1:02 p.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link