Tolkien again

Semalan balik umah, nampak satu bungkusan yang dinanti. Bungkusan envelop kuning yang terisi satu buku yang aku order dari amazon.com. Buku yang berharga hanyalah 1p, tapi mahal dengan delivery charge of £2.75. Tapi tak kisah, aku tunggu buku itu. Buku yang sukar didapati dalam pasaran.

Nian dihati bukanlah nak beli buku tuu, nak cari buku lain. But fingers had their own brain and desire, browsed through buku yang ini.

Buku yang mula-mula beli dulupun belum aku selak baca lagi. Buku yang pinjam dari librarypun masih lagi berabuk ditepi katil. Sibuk sekarang melayan tetamu! Tetamu aku semakin giat mencari rumah.

Buku semalam adalah himpunan karya Tolkien, yang berbentuk literature studies, rather than a proper story book. Kerana, Tolkien bercerita, bukanlah untuk menulis, Tolkien bercerita adalah untuk anak-anaknya. Mengisi masa bersama dengan anak-anak. Sebagai seorang bapa yang perihatin, beliau hanya berhasrat memberi yang terbaik pada anak-anaknya. Jika bapanya seorang tukang kayu, bapanya akan mengajar anaknya supaya menjadi tukang kayu yang paling mahir. Jika bapanya seorang pelaut, dia akan mengajar anaknya menjadi seorang pelaut yang bijak.

Begitu juga dengan Tolkien, kerana dia seorang academician (bukan magician!) dia akan berusaha menghargai dan memberi perhatian pada anak-anaknya dengan terbaik. Masa dulu 1930an, tak macam kita hari ini, bahan bacaan banyak, library terpaksa dibina bertingkat-tingkat untuk mengisi berbagai jenis bahan bacaan, baik dari segi ilmiah, mahupun cerita-ceretet. Kedai-kedai jual bukupun sekarang sudah setanding dengan pasarraya.

Apa yang Tolkien lakukan adalah mereka-cipta cerita, kemudian disampaikan pada anak-anaknya. Ceritanya banyak berunsur keadaan pada satu masa dahulu, masa dimana english, bukanlah english sekarang, dan satu masa yang diimaginasikan oleh Tolkien, berdasarkan ilmiahnya sebagai seorang academician menkaji sejarah sastera english lama, seperti ditempat kita mengkaji sejarah melayu lama. Alangkah bagus, kalau academician kita yang mengkaji sejarah melayu lama membuat buku cerita juga seperti apa yang tolkien lakukan. Dan Philippa Gregory juga sebagai seorang academician, mampu melahirkan cerita yang berkisah sejarah english lama.

Back to Tolkien, kalau kita tengok novel-novelnya yang 'famous' seperti LOTR, middle earth dan sebagainya hanyalah berkisar pada sejarah english zaman purba yang juga dicampur aduk dengan cerita dalam bible, dan folk-tales with the existance of dragons and dwafs. Keupayaan dia merekacipta langguage juga adalah kerana itu adalah bidang dia. Sebagai academician, yang mempunyai creativiti, beliau mampu menghasilkan bahasa tersendiri, yang di classifykan sebagai bahasa lama.

Berbalik pada buku yang aku beli, merupakan kumpulan literasi beliau dan cerita-cerita pendek. Dan dengan buku itu, tamatlah koleksi aku sebagai penkaji Tolkien, kerana fahamlah sudah siapa Tolkien sebenarnya, dan juga rentaknya dalam menulis. Bagi aku dari segi rentak cerita, Tolkien adalah seorang pencerita yang penyayang. Apa yang beliau mahu adalah mendapat perhatian sepenuhnya dari 'pendengar'.

Pada sesiapa yang membaca bukunya, aku pasti, seperti apa yang aku rasakan, yang semasa kita baca, kita terasa yang kita berada di depan Tolkien, dan Tolkien sebenarnya bercerita pada kita, menerangkan setiap patah kata agar kita mengikuti jalan ceritanya. Rentak bahasa juga agak informal jika dibandingkan dengan rentak bahasa pada buku-buku cerita lain.

Jangan tanya aku, aku tak bacapun bukunya yang 'famous' (LOTR) tuu. Aku cuma tengok VCD saja yang dipinjam dari library. Aku cuma berminat untuk menkaji siapakah orang yang disebalik LOTR itu. Ternyata, peribadinya terpancar dalam cerita tersebut. Peribadi beliau adalah pada watak Sam, yang ceria dan penyayang.

Semalam, aku 'tonyoh' belanga aku yang hangit dengan kari. Keraknya terlalu tebal!

Atas batu jemala patek@ 2004-09-30;11:25 a.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link