Bertamu

Aku masih ingat lagi, mak selalu berpesan bila aku akan menumpang rumah orang 'ringankan tulang. Kalau mandi nak basuh baju, basuh sekali pakaian yang ada dalam besen bilik mandi. Kalau basuh pinggan, basuh sekali periok belanga.' Pesan yang aku ingat sehingga kehari ini.

Alhamdullillah tetamu yang betandang hingga kehari ini baik budi perkertinya. Ramah dan berbudi bahasa, juga ringan tulang. Kami sebagai tuan rumah, cuma berharap, buatlah seperti rumah sendiri, jangan segan silu.

Semalam cuaca menjadi semakin dingin dan berangin salju. Bagi kami yang telah lama di sini, terasa juga. Apatah lagi yang baru datang. Sejak mereka di sini, heater blower yang ada di bilik mereka tidak pernah lekang berfungsi, sehinga kami rasa habanya ke bilik kami. Tapi kami masih lagi tidak mahu memasang heater. Berjimat kononnya!

Baju untuk dibasuh, sudah sampai tahap maximum. Aku tidak ada pilihan lain melainkan membasuhnya juga, dan pagi tadi menyidai di dalam rumah. Semawa juga sebagai seorang tuan rumah, kalau mereka juga mahu basuh baju.

Semalam kami makan kari kepala ikan salmom yang di masak tapi hangus akibat tiada orang yang tunggu depan dapur dan mengacau kari tersebut. Suara-suara sumbang dari dia memerli kari kita yang hangit. Memasak 2 kepala, satu kepala untuk kami berdua, sati lagi untuk mereka berdua. Mereka orang sebelah selatan, risau juga takut tak makan kari, orang muda-muda sekarang sudah tidak suka makan ikan! Tapi langsai kepala ikan semalam, walaupun karinya terasa sedikit tengit sebab hangit.

Pagi tadi singgah membuat beberapa urusan bank. Tadi juga singgah membeli barang pencuci muka serta cream muka yang dipakai bersama. Membeli sekali perfum 5th avenue by EA, antara perfum yang serasi dengan bau badan, yang sedang dalam jualan murah.

Semalam selepas melihat dan berkira-kira mahu beli, tak jadi. Pulang dulu memberitahu dia hasrat dihati, biarpun wang yang keluar dari akaun sendiri. Amalan yang aku sengaja membiasakan diri, sebagai menghormati suami. Jangan jadikan kuasa wang mengatasi kuasa seorang suami. Isteri yang mempunyai wang sendiri tak semestinya merasakan kita sudah mempunyai kuasa sendiri. Apatah lagi kalau isteri yang gajinya lebih besar dari suami.

Wang tidak dapat membeli segala-galanya. Dalam rumah tangga, hormat menghormati sebagai sepasang suami isteri adalah berdasarkan cinta kasih sayang dan sifat saling memahami, bukannya atas dasar wang ringgit. Meskipun ianya penting dalam rumah tangga, tapi biarlah ianya tidak menkaburi asas kerukunan rumah tangga. Semua itu hanyalah harta dunia, yang di mana bila kita pejamkan mata untuk selamanya, yang kita bawa bersama hanyalah amalam kita.

Kalau buruk perilaku kita, buruk amalan kita, buruklah juga ganjaran yang kita dapat. Sebagai seorang islam yang percaya pada Allah dan keujudan kehidupan sesudah mati, kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan berdoa agar apa saja amalan yang kita lakukan, biarlah mendapat keredhaan dari yang maha esa.

Atas batu jemala patek@ 2004-09-29;11:13 a.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link