air

Dalam kepayahan aku terus melangkah. Mengutip daun-daun kenangan yang kering berguguran.Mengintai dalam kesuraman siang, berdoa agar terbitlah sang mentari.

Semalam pulang dijemput dia, membawa bersama tetamu yang menginap di rumah. Jiran bawah aku tak jemu melayan mereka. Terima kasih tak terhingga. Semalam, dia kepenatan dan ketiduran, tak membawa tetamu berjalan-jalan seperti yang dirancang.

Semalam, selepas mejemput aku, membawa tetamu yang datang melihat suasana malam. Apa ada pada suasana malam di sini. Sunyi sepi. Tidak seperti tempat kita di sana. Tetapi walau apapun paparan tempat ini, bila kita merantau, kita mesti merantau dengan hati yang terbuka. Membuka juga minda untuk menerima apa yang terhidang di sini.

Tidak mungkin kita mampu untuk merubah segalanya mengikut rentak diri, tapi kita bisa untuk mengubah rantak kita menurut haluan di sini. Bila baru-baru ke sini begitulah seadanya. Benda yang kita tak pernah hirau dan fikirkan, tapi di sini kita menjadi begitu rindu. Kerinduan ini akan tetap menyala di dalam jiwa.

Pulang selepas dibawa keliling pantai, makan nasi yang disediakan oleh dia. Ayam hanya dibakar dalam oven. Begitulah resepi seorang lelaki. Aku tak memilih dalam soal makan kala ini. Kalau di malaysia mungkin kami hanya makan di luar dalam kepenatan. Tapi di sini, tiada banyak pilihan. Malah tiada pilihan langsung.

Pagi tadi lewat bangun, semalam sebelumnya telah merancang untuk bangun awal membawa tetamu bertandang mengunjungi tempat-tempat penting seperti sekolah dan supermarket.

Mereka mencari rumah, bukannya murah. Rata-rata sewa rumah sekarang ialah £475 untuk flat satu bilik. Mahal tak mahal kita tiada pilihan. Janji telah ditetap dengan agen rumah untuk memantau rumah akan diduduki.

Semalam dia telah berpesan dengan lebih awal yang hari ini dia nak makan kari kepala ikan salmon. pagi tadi aku telah keluarkan kepala ikan dari peti beku. Nanti pulang akan dimasak.

Pagi tadi, bersarapan oat pancake, yang dimakan bersama cheese dan serunding, satu combinasi yang ketara, tapi rasanya menepati citarasa.

Sekarang aku amalkan minum fresh skimmed milk. Minuman susu yang tanpa lemak, bukan bermaksud aku diet. Tapi minuman susu tanpa lemak menggantikan munuman air kosong. Daripada minum air kosong saja, biarlah minum air yang berperisa susu. Terlalu lemak, nanti tekak menjadi meloya.

Minum yang cukup adalah penting. Badan kita memerlukan 2 liter cecair sehari yang kebanyakannya sumber dari air yang kita minum dan buah yang kita makan. Kita boleh hidup 1 minggu tanpa makan, tapi tanpa air kita cuma mampu bertahan selama 3 hari sahaja. Kekurangan air dalam badan menyebabkan kita cepat menjadi letih.

Atas batu jemala patek@ 2004-09-28;1:19 p.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link