Bungkusan rindu

Andai, jalan kehidupan ini terlalu sukar, janganlah diragut keimanan yang sedikit cuma.

Tetamu yang ditunggu sudahpun tiba lewat petang semalam. Hanya dia yang menjemput kerana aku sudahpun ke tempat kerja. Sebelum ke tempat kerja, sempat menyediakan juadah nasi dengan ayam masak merah. Aku pasti, setelah mengharungi sebuah perjalanan yang jauh, perut mesti lapar dan badan mesti letih bersama dengan jetleg.

Pulang dari tempat kerja, dia berjemaah magrib di surau, aku tiba rumah, tetamu telahpun sampai dan sedang beristirehat menghilangkan lelah badan di bilik lagi satu. Mencari benson entah di mana. Di luar tiada, mungkin dengan jiran bawah. Mandi basuh badan dan sembahyang. Dia pulang dan memberitahu, jiran bawah aku dengan berbesar hatinya sanggup melayan tetamu, sepasang suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga baru sebulan. Inai masih lagi merah di jari, mengundang kembali masa kami mula-mula sampai ke sini.

Mereka dilayan sebaik mungkin. Biarlah apa yang kami hadapi satu tika dahulu terhenti situ saja. Tak cukup dengan kami melayan, jiran bawah sanggup sama.

Tetamu datang bersama-sama bungkusan-bungkusan rindu dari seorang anak kepada seorang ibu dan dari seorang ibu kepada seorang anak.

Hari ini ke city school. Banyak keluhan yang terpancul dari diri, tapi berdoa agar keluhan ini tidak melunturkan keimanan yang ada dalam diri. Semasa menaiki bas, terdengar suara-suara memanggil aku dari belakang bas. Melihat dalam samar-samar cahaya kelihatan anak-anak dara di atas bas. Mereka dalam perjalanan yang sama tapi menuju lain-lain destinasi membawa keinginan hati. Perjalanan kali ini ditemani oleh anak-anak dara. Kepoh bercerita itu dan ini mengisi masa yang panjang semasa perjalanan. Perjalanan yang jauhpun rasa dekat cuma, bila masa diisi dengan benda-benda yang menyenangkan.

Orang bujang, senang berjalan. Itu bagi aku. Berdoa agar perjalan mereka dipemudahkan Allah. Membeli pancake oats, kegemaran dia dan terus datang ke sekolah.

Atas batu jemala patek@ 2004-09-27;2:01 p.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link