|
mee sangul ![]() benson
Life for me is no longer a challenge. It is basically a punishment. To challenge something is to try hard and in the end you will get what you want. There is a reward in the end. A satisfaction of completing a set of hurdles. The hurdles that are diffucult to pass through, but if we try hard we will able to go through. A punishment is something that you have to bear with it, for no apparent reasons. Terus terang aku nyatakan, aku cemburu pada mereka yang berkeluarga, dan mempunyai cahaya mata. Aku terlalu cemburu pada mereka, yang masih lagi tinggal bersama keluarga dan menikmati juadah bersama. Aku menjadi terlalu cemburu, kerana aku tidak dapat menikmati semua itu. Meraka yang aku sayang, terlalu jauh untuk menggapai tangan. I have not living like a normal person for so long. I had lost the feeling of happiness. The smile that used to fill my heart even at a very difficult situation, is nowhere to be found. The person who used to wake up every morning with a sunshine was gone. There was nothing too difficult for me to tackel. But this fire ball has gone too far. -long sigh--- Semalam berjalan pulang, membasuh lagi satu load baju dan mengutip baju yang sudah kering menyidai baju yang baru basuh. Dia masak sambal ayam yang perencahnya dibuat olah 'brahim', ayam masak madu. Sedap rasanya, tapi aku rasa kurang sedikit rasa garam. Sekarang, kalau dia kerja petang, dia yang uruskan masak-memasak. Cuaca sejuk semalam, tapi aku dah kehabisan lilin-lilin untuk 'panas'kan rumah. Duduk dalam bilik dengan benson. Benson pulak tak habis-habis nak panjat atas riba orang. Aku melipat dan mengemas baju. Itu adalah kerja aku. Dia selalunya the cleaner of the house, cuci toilet sekali. Aku cuci dapur. Aku terdengar semalam, ada orang memunggah barang dari van. Menyingkap jendela, dalam samar cahaya lampu malam, aku ternampak sebuah van dan 2 orang sedang memunggah barang dari van. Siapa pulak yang pindah rumah waktu malam? Detik hatiku. Mungkin disebelah siang sibuk bekerja, hanya disebelah malam punya sedikit waktu. Ataupun mereka lari malam! Mungkin disebelah malam jalannya tidak begitu sibuk. Aku rapatkan semula langsir kerana tak mahu biarkan angin sejuk salji 'masuk' dalam rumah. Sengaja tidak mahu pasang heater, untuk menjimatkan letrik. Lagipun aku tak beberapa sesuai pasang heater kerana ia mengeringkan kulit, meyebabkan kulit aku menjadi merenyam. Sekitar setangah jam kemudian, aku menerima panggilan telefon mengenalkan dirinya, yang sama nama dengan kawan yang seorang ini. Aku ingatkan siA rupanya siB, bercakap tentang siC. Orang yang punggah barang dalam van tuu sebenarnya adalah siC yang datang ambil kotak-kotak dari pelajar untuk dibawa pulang. Aku pun sama nak angkut kotak juga. Rupa-rupanya siC dan seorang lagi, nak tumpang tidur rumah kami. Mereka kata mereka telah mengetuk dan memicit loceng rumah kami, tapi tak ada yang jawab. Mungkin sebab loceng kami rosak, ketuk pintu mungkin aku tak dengar. Tapi sebenarnya mereka salah picit loceng dan mengetok rumah orang lain. SiC bukan saja nak menumpang tidur, tetapi menumpang letak barang sama. Ada orang mengirim katil untuk dibawa pulang ke malaysia. Mengomel siC mengatakan 'seperti orang malaysia tak ada katil nak tidur'. Sebagai menghormati siC orang tua seperti bapa aku, akau hanya mampu menyapa seperti terkejut. Katanya lagi 'mereka nie orang jutawan, anak datuk. Takkanlah katil burukpun nak bawa bailk.' Aku cuma angguk lagi seperti burung kakak tua. Semalam selepas jam 1 lebih baru habis mereka menggangkut barang students. Dia dah lama tidur. Aku yang sudi menanti, terlelap sejenak, terjekut dengan deringan telefon. Jiran bawah aku pulang seiring dengan siC sampai. Dalam menerima tetamu lewat waktu melawat dan dalam notis urgent, aku menjadi haru. Bekal makanan dalam rumah sudah tiada. Roti sudah habis lama sebab kami makan pancake oat, pancake oat hanya tinggal 4 keping saja lagi. Selongkar peti sejuk, ada 6 keping roti canai, bersama dalca beku yang aku buat tempoh hari. Tapi mana cukup, sedangkan kami berdua makanpun dah 5 keping. Inikan pula untuk tetamu. Aku nak goreng nasi, itu cara senang, tapi masalahnya kami makan brown rice. Nasi biasa tak ada. Takut pulak apa orang kata, brown rice kalau di malaysia, samalah dengan beras temukut (beras yang belum habis diproces menjadi putih). Di tempat aku, beras yang sebegitu tidak ada harga, hanya layak diberi makan ayam. Malu juga pada tetamu, takut nanti dikatakan kami kedekut. Kalau diceritakan untuk kesihatan, mungkin agar sukar bagi orang malaysia untuk menerimanya. Pagi tadi, tetamu kami bangun lebih awal dari tuan rumah. Aku bergegas ke dapur masak mie. Masih ada lagi mee yang dibeli hari itu dan ada sedikit lagi ayam dan taugeh untuk dijadikan rampai mee. siC yang aku panggil pak chik kata ' mee sanggul'. Masih ada lagi rezeki dalam rumah ini untuk tetamu kami. Alhamdullillah. Rezeki yang dimakan kenyang. Sarapan pagi untuk memulakan hari. Teringat aku pada keluarga angkat aku yang di taiping, kakak pernah gorengkan kami 'mee sanggul'. Itulah kali pertama aku tahu apa itu mee sanggul. Mee kering yang bersimpul seperti sanggul. Sebelum itu, mak aku hanya masak mee segar yang dibeli di pasar. Apa khabar mereka di sana. Sudah hampir 20 tahun aku tak berjumpa. Kali ahkhir aku pergi mencari, beberapa tahun yang lalu, aku tersesat jalan. InsyaAllah satu hari nanti aku akan ke sana jua. Atas batu jemala patek@ 2004-09-23;11:10 a.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |