pancake oat pisang

Buat masa sekarang, semangat perjuangan aku hilang entah ke mana. Aku dah jadi malas untuk mencari. Aku biarkan ia berlalu kerana aku tahu ia tidak ke mana hanya bersembunyi ataupun tersembunyi dibalik timbunan kehidupan yang lain.

Aku yang tidak mempunyai apa-apa superpower hanya mampu berusaha seadanya. Segalanya-galanya hanyalah ketentuan Allah jua. Begitulah adanya aku memujuk hati ini, tika penat otak ini memilih cara. Sini tak kena, sana tak kena, semuanya serba tak kena. Susah sangat nak mendisiplinkan diri.

Aku berubah dari dulu. Dulu dikala aku belajar. Bukan sekarang aku tak belajar. Tapi dulu aku seorang yang aku rasa berdisiplin. Sekarang - terlalu jauh aku berubah. 'Memanggil' semula diri aku yang dulu.

Kenapa jauh benar ia pergi dan terus menghilangkan diri? Dulu rentaknya lain, sekarang is totally different set of rules. The rules of the unknown. The jurney of pure frustration.

Semalam aku telahpun membeli sabun basuh kain. Pulangnya ke rumah terus aku uruskan sessi basuh kain yang menimbun. Tapi aku tak boleh basuh semua kerana tiada tempat untuk di sidai. Sidai di luar? Mungkin tidak, kerana kemungkinan aku kena kutip baju aku di laman jiran akibat ditiup angin, ataupun aku tak boleh kutip langsung sebab hujan. Basuhan aku hanya disidai di dalam rumah. nasib baik basuh pakai mesin basuh. Masih ada banyak lagi timbunan baju yang aku perlu basuh.

Dia kerja shift malam, pulangnya lewat jam 11pm. Aku pasang lilin dalam rumah, untuk menghilangkan bau basah baju yang disidai. lagipun, dalam cuaca yang semakin sejuk, aku perlukan sedikit haba.

Aku suka pada cahaya lilin. Cahayanya lembut dan melahirkan satu suasana yang tenang.

Semalam aku buat sendiri pancake oat. Blend oat dengan air dan dicampur dengan pisang. Aku main 'taram' saja resepi. Bila adunan telah siap, aku panaskan kuali, dan meletak adunan dalam kuali.

Tapi masalahnya, bila oat dengan pisang saja, pancake tidak menjadi seperti pancake, kerana ia menjadi berderai. Ubah resepi dengan memasuki sedikit tepung dan telur, baru menjadi.

Pagi tadi makan pancake yang dibuat semlam. Aku terus ke sekolah.

Atas batu jemala patek@ 2004-09-22;10:44 a.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link