|
Pinjam stokin Semalam dia memborong sakan, membeli perencah masakan dan rempah kari adabi ikan. Antara perencah yang dibeli adalah perencah brahim dan juga perencah mi kari dari thailand. Kami telah kehabisan perencah kari ikan. Perencah kari malaysia tak sama rasanya dengan perencah kari india di sini. Kalau perencah kari india, berbagai jenis karinya, sehingga tak tahu yang mana satu harus dipilih. tapi bila perencah kari malaysia senang saja, perencah kari ikan yang ini, perencah daging yang ini, perencah kari makanan laut yang ini. Dulu mak aku menggiling sendiri perencah kari, untuk masak gulai. Badan aku berbau, sebab aku makan kambing yang diberikan kepada kami, bau tengit yang membuatkan aku tak selesa. Bau badan akan terjadi bila kita memakan daging, dan kurang makan buah dan sayur. Kalau kita makan ikan, bau badan tidak tengit. Kajian menyatakan, bau yang tengit tenjadi bila kita makan daging kerana daging susah untuk dihadamkan. Tapi kami sekarang, perlu lebih berhati-hati. Bukan tidak boleh makan, boleh. Tapi aku rasa kami perlu bersederhana. Kembali makan ikan. Semalam bila sampai rumah, kami makan mi kari dari perencah thailand. Waktu pulang semalam tidak banyak orang, bas dua tingkat menjadi lengang. Yang duduk di tingkat atas hanyalah aku dan dia, dan seorang lagi mat salleh. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam, memberikan ruang untuk kami bercerita. Kami tak henti-henti cerita itu ini. Kebanyakan tentang kehidupan, keperitan, dan saat-saat yang tak dapat dilupakan. Walaupun cerita yang sama di ulang-ulang, tapi setiap kali bercerita pasti iktibar yang baru diambil dari cerita yang sama. Kehidupan, mematangkan peribadi, membuatkan kita menjadi seorang yang kami rasa tabah dan berwibawa. Semakin lanjut usia, seharusnya kematangan semakin bertambah. Biarpun kita tak mampu untuk lari atau elak dari sifat-sifat keanak-anakan, tapi kematangan jiwa menjadi kita seorang insan yang pandai menilai. Nilai pada sebuah kehidupan, nilai pada sebuah ujian, nilai pada seorang insan. Insan yang kita hidup bersama. Insan yang kita pernah satu ketika dulu berjanji untuk hidup bersama mendirikan sebuah keluarga bahagia. Nilai sebuah kebahgiaan. Adakah diukur dari segi wang ringgit, harta benda, kecantikan. Apa yang tersangkut dalam diri ini adalah, andaikata dia mati, apa harus aku lakukan? Mungkin saat-saat kebebasan yang aku tunggu, kerana aku tak perlu lagi hidup bersama orang lain. Adakah ini aku nilaikan sebagai kebahgiaan di atas kehilangan orang lain. Kalau aku yang mati dulu, apa yang dia akan lakukan? Apakah dia akan mencari pengganti yang lain? Aku pernah sekali meyentuh tentang mati ini dengan nancy, bila george was so down when his father-in-laws passed away. nancy, kata dia mengambil masa yang lama untuk atasi suasana sebegini bila parents dia mati. Tapi kini nancy mati, aku tak ralat untuk merasai apa yang nancy rasa, kerana aku pernah bertanya apa yang dia rasa. Tapi apa rasa nancy? Aku tak mahu isu ini hanya terpendam, bila aku berbincang dengan dia tentang ini, sekurang-kurangnya, bila aku tiada, dia akan duduk sejenak dan mendalami apa yang pernah aku katakan. Seperti apa yang aku rasa bila nancy tiada. Pagi tadi kami bersarapan 'pancake oats' dengan cheese dan pisang. Pancake yang dibeli semalam. Pancake - seperti ketayap, merupakan makanan tradisi sini, tapi telah lama ditinggalkan. Pancake sebegini sedap dimakan kalau diisi dengan citarasa kita. Pancake akan dipanaskan di atas kuali, dan diterbalikkan, letakkan cheese, dan ditelangkup dan dialahkan lagi sehingga cheese menjadi cair. Aku terpaksa ganti baju kerana baju aku berbau dapur. Menukar baju yang lain, tapi aku menghadapi masalah kerana aku tidak ada baju lagi. Kebanyakan baju aku tak basuh lagi. Alasanya, sabun basuh kain sudah habis. even, laci stokin yang selalunya sarat dengan stokin sudah tinggal beberapa pasang saja lagi. Stokin aku sudah habis dipakai, aku pakai stokin dia. Aku perlu basuh baju sekarang, sebab sedikit masa lagi, kami akan menerima tetamu bertandang ke sini. Mereka akan tinggal buat seketika, sementara mencari rumah. Atas batu jemala patek@ 2004-09-21;1:34 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |