Benson

Jaguh Kandang - peribahasa indonesia - kamu hanya jaguh dikandang kamu sendiri, tapi bila di tempat lain, kamu tiada apa-apa.(source: Ria)

Seringkali kita kalah dalam kehidupan akibat kealpaan. Namun kita tetap akan berusaha, sedikit demi sedikit untuk merampas kembali kehidupan kita dari kealpaan.

Semalam semasa bergegas keluar ke sekolah, aku ternampak sampul surat di pintu. Tanpa melenggahkan masa aku terus mencapai surat tersebut dan membukanya, kerana kelibas pandangan surat tersebut seperti surat untuk aku. Bila aku mengoyak sampul, baru aku terperasan yang surat tersebut bukanlah untuk aku, tapi surat tersebut adalah untuk jiran aku kat bawah. Aku rasa bersalah. Aku takut jiran aku kata aku penyebok nak ambil tahu hal orang lain. Aku bukanlah begitu. Walaupun aku kekadang suka buka surat untuk aku dan dia, tapi aku bukanlah suka buka surat semua orang.

Surat yang kami terima selalunyapun bukanlah surat penting apa. Lebih banyak kepada surat junk. Surat dari kompani yang menghantar brouchure secara rambang, yang selalu kami terima. Kadang-kadang broshure cuci gambar, ataupun supplement. Dia selalu dapat surat dari 'hearing company'. Aku tutup balik elok-elok. Apa harus aku lakukan sekarang? Hati aku menjadi resah. Tak baik buka surat orang. Kalau kita tak bacapun hanya kita saja tahu. Orang tak nampak, nanti apa pulak anggapan orang.

Aku letak semula surat tersebut dan terus ke sekolah. Aku akan beritahu mereka nanti, yang aku terbuka surat mereka, tapi aku tak baca. Harap mereka faham.

Petangnya pulang sekolah, Benson ada di atas. Selalunya benson tak keluar rumah jiran aku dibawah. Jiran bawah aku telah mengambil alih tugas menjaga benson dengan sukarela dan sejajar dengan itu mereka juga telah mengistiharkan kepada aku benson adalah milik mereka.

Masa mula-mula benson di'tawan' oleh mereka cemburu juga aku. Apataknya, benson adalah 'segalanya' bagi dia dan aku. Kami bukannya ada makluk lain dalam rumah ini. Dulu ada 2 ekor ikan emas, kemudian menjadi 4 ekor, dengan dilayan penuh dua balang berasingan. Tapi tiba-tiba mereka diserang wabak air, semuanya mati. Kini hanyalah tinggal benson seekor saja. Bila kena tawan, diapun aku rasa ada juga perasaan 'that is my cat'.

Tapi lama-lama kami tak kisah. Lagipun dia selalu merungut, benson suka sepahkan bulunya merata-rata. Yang tukang vacumnya adalah dia. Aku tak kisah sangat. Apa boleh buat, binatang tuu ada bulu.

Bila kami lepaskan benson di luar, jiran aku tak ambilpun benson waktu malam. Pagi tadi meraung benson nak masuk. Selalunya bila aku buka pintu belakang, pintu jiran aku yang benson 'ketuk'. Benson pandai memilih pintu. Pintu kami terpampang luas tak dia hiraukan. Kali ini bila aku buka pintu belakang, dia terus meluru masuk pintu kami tanpa menghiraukan pintu jiran aku.

Cuaca sekarang semakin sejuk dan berangin. Jarang sangat aku lepaskan benson di luar kecuali untuk benson berak dan kencing. Kalau semasa waktu panas, benson tak suka tidur dalam bakul, tapi sekarang aku beri balik bakulnya. Senang pun benson tidur di dalam bakul, taklah payah nak sepahkan bulunya merata-rata. Diapun tak perlu bising.

Tapi kami sama-sama berpandangan satu sama lain. Kenapa benson tak masuk rumah jiran kami. Kenapa jiran kami tak ambil benson masuk walaupun kami dah lepaskan benson di luar. Kesian benson, orang dah tak nak kat benson. Dia kata 'mungkin benson suka sepahkan bulunya merata-rata, sebab tuu mereka tak suka.' Tapi aku dahpun cakap kat jiran aku, sediakan tempat sendiri untuk benson walaupun hanya dengan alas kain buruk, benson akan duduk situ.

Jiran aku kata 'mereka senang benson duduk mana-manapun.' Aku berandaian, mungkin mereka tak suka sebab benson sekarang makan banyak. Beberapa hari yang lepas jiran aku ada menyatakan hal tersebut, yang benson makan banyak. Mereka mengesyaki benson kena cacing. Tapi aku kata 'memang benson macam tuu, kalau musim sejuk saja, dia suka makan banyak dan tidur banyak. Kalau musim panas, dia lebih memilih apa yang dia makan. Musin sejuk, semuanya masuk.'

Pagi tadi sebelum aku ke sekolah, loceng rumah berdering. Menjengok dari tingkap aku nampak posman. Cepat-cepat aku turun untuk megambil bungkusan. Aku nampak posman memegang bungkusan. Rupa-rupanya bukanlah untuk aku, tapi untuk jiran aku. Loceng tuupun bukan loceng aku tapi loceng jiran aku. Penyebuk betul aku nie. Aku beri bungkusan itu pada jiran aku sambil memohon maaf -'saya ingatkan untuk saya.'

Jiran aku tanya ' benson kat mana? mereka tak ambil benson sebab tiada makanan. Semua makanan benson yang mereka ada telah habis benson makan.'

'Benson ada di atas. Jangan bimbang kami telah memberi benson makan.'

Atas batu jemala patek@ 2004-09-17;11:31 a.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link