|
Nasi beriani Semalam aku ke rumah Ria dengan A. Ria minta aku sarankan sesiapa untuk menjaga anak-anaknya yang 4 orang, kerena suaminya selalu outstation. Penat sebenarnya aku tengok Ria bertungkuslumus dengan anak-anaknya yang berempat. Tapi 2 yang sulung sangat bertanggung jawab dan memahami kepenatan ibunya. A bersetuju untuk menjadi baby-sitter yang hanya beberapa kali seminggu untuk mendapat wang sampingan. Aku tak memaksa mana-mana pihak dalam situasi ini. Aku dan dia diberi tugas, Ria meminta pertolongan kami untuk mengajar pengajian islam kepada anak-anaknya. Alangkah bagus kalau ada sylibus dari Malaysia untuk dihantar ke sini. Tapi masalahnya semua itu harus dialih bahasakan menjadi bahasa inggeris. Kami tak rasa mereka faham benar dalam bahasa malaysia, lagipun mereka orang indonesia, bapanya inggeris. Dia bersetuju untuk mengajar Aiman dan Adila kerana dia kata boleh dia sama-sama memahaminya dengan lebih mendalam. Ria nak gorengkan kami nasi, mula-mula aku ingin menolong, tapi masalahnya, anaknya yang kecil sekali masih lagi menyusu badan dan Ria tak dapat berbuat apa-apa. Aku tak mahu tunggu lama-lama sebab dia sudah berada di rumah. Aku juga perlukan sedikit waktu yang ada untuk bersama dengan dia. Aku tengok Riapun nampak letih. Kami meminta diri dulu. Pulang saja di rumah, dia tidur lelap merehatkan badan. Dia sudah beli kelengakapan nak masak beriani. Tapi bukanlah ala malaysia, rempahnya ala pakistan, yang pedas. Orang pakisan kuat makan pedas. Semalam aku masak beriani daging. Selesai makan aku cepat-cepat telefon George, kerana aku telahpun berjanji dengannya yang aku akan telefon untuk melaporkan prestasi aku. Lewat beberapa minit, panggilan aku terus dijawab dengan hello h******, macam dah tahu-tahu aku yang telefon. Kenapa lewat? Ada masalahkah dengan talian. Tak jawab aku, cuma lambat sebab baru lepas makan malam. Pagi tadi aku telefon Goerge, george tengah makan malam. malam tadi aku tel george, masa pagi waktu sana dan aku pula baru lepas makan malam. walaupun hanya melalui perbualan telefon, banyak juga input yang aku dapat. Lepas tuu sedang tengok TV yang tak ada rancangan yang menarik dan selalunya kalau aku pegang remote control aku akan tukarkan ke shopping channel, kalau dia yang pegang, dia akan tukarkan ke CNN channel, tiba-tiba tel berdering. Mili telefon. kalau malam yang dulu Zoe telefon, malam yang ini suaminya pulak yang telefon mengadu hal. Bukan senang kata Mili tinggal di negara orang putih ini. Zoe kata racial cukup kuat. Mili kata, sama-sama Islampun nak tunjuk perangai tak bagus. Sama-sama jiranpun nak gaduh. Orang-orang kat sini sangat kurang ajar. Mat salleh sudah tidak lagi suka pada pendatang-pendatang haram yang ke sini , yang semakin berleluasa. Sehinggakan pendatang-pendatang yang datang secara betulpun sudah menjadi mangsa racial ini. Tapi mereka tak sedar, yang tentera-tentera mereka pergi memusnahkan negara orang tuu siapa suruh. Dia orang ingat Iraq sukakah? Sekurang-kurangnya mereka yang datang ke sini walaupun pendatang haram, tidak membawa senjata yang memusnahkan negara orang. In this war, sama-sama kalah. Di saat inilah lagi aku teringatkan tanah tempat tumpah darah sendiri. Sekepoh-kepoh tempat aku, taklah menjadi huru-haru yang macam nie. Pegangan agama selalu menjadi 'barrier'. Sering dipertikaikan dan sering dipersoalkan. Kita kat Malaysia, tak ada siapapun nak kata apa. Kalau aku tak hidup di sini, aku tak tahu, selepas Sept 11, bagaimana orang Islam di sini menjadi mangsa tempias tragedy tersebut. Walau apapun, kami hanyalah mampu berdoa, semoga Allah mempermudahkan segala-galanya. Walau di mana juga berada, kita tetap di bumi Allah. Ke 'tanah' juga kita sujud. Allah maha kaya dan bijaksana. Dialah yang mengatur segalanya. Kita hanya belajar dari kesilapan dan kekurangan yang ada. Atas batu jemala patek@ 2004-09-16;12:00 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |