Donut

Hari ini datang ke city school. Pagi tadi bangun awal sebab dia kerja shift pagi minggu ini. Bangun pukul 5.00 am. Sediakan sarapan dan bekalan. Sarapan biasa bubur oats dan bekalkan mee maggi.

Selepas dia pergi, sembahyang subuh dulu. Pagi ini hujan berserta dengan ribut angin kuat. Selepas sembahyang melengkar semula atas katil. Seronok bila hujan-hujan sebegini melengkar atas katil, sambil membaca buku cerita. Padamkan lampu utama, hanya diterangi dengan cahaya lampu ditepi katil.

Paksa mata untuk lelap tapi tak terlena juga, setelah hampir sejam mengeram. Tapi kunci juga alarm 7.30am takut terlena. Pukul 9.00 am bas bertolak. Keluar rumah 8.30am. Sebelum tidur, called George di rumah dan di office tapi tiada jawapan. Waktu awal pagi di sini, adalah waktu awal petang di sana.

Terlena akhirnya, terkejut jaga, alarm tak berbunyi. Mungkin berbunyi, tapi tak sedar. Jam sudahpun menunjukkan pukul 8.10am. Bergegas bangun mandi dan bersiap. Tak sempat nak kemas katil. Benda yang paling wajib aku buat sebelum aku berbuat apa-apa. Tapi pagi tadi aku terus meluru keluar. Takut juga, kalau-kalau waktu sebegini, terlupa itu, terlupa ini tertinggal itu, tertinggal ini.

Masih lagi ada waktu legar setelah sampai, menunggu bas datang. Cuaca pagi sudah ada mentari, tapi masih lagi berangin. Ingat nak makan donut, sebab tak sempat nak bersarapan, tapi aku kurang selera dengan makanan seperti ini. Tekak melayu, tetap kempunan pada citarasa melayu. Andai kala ini aku di malaysia, pasti, nasi lemak satu, dan apam kukus satu, kekadang ambil karipap. Aku tak sesetia dia yang boleh hidup dengan oats setiap hari. Jarang sangat aku bersarapan.

Atas bas, aku mengambil peluang untuk sambung tidur lagi. Bila sampai aku memaksa diri untuk menjamah sedikit makanan. Sarapan adalah penting untuk memulakan hari. Cari sana, cari sini, tengok roti tak ada yang bekenan, aku membeli donut dalam kotak 4 biji, nampak masih lagi panas. Sambil berjalan, sambil meyuap ke mulut. Sedap donut yang baru masak, sebab masih lagi lembut. Dan aku dah menhabiskan 2 donut sebelum menaiki tube. Bakinya aku nak habiskan bila sampai ke sekolah nanti.

Aku kena tukar tube dulu, semasa aku menukar tube, ada seorang perempuan dengan anak kecil sedang meminta sedekah dalam terowong. Mereka sepatutnya tak boleh meinta sedekah. kalau terjumpa dengan pengawal, mesti mereka dipaksa keluar. Merayu sambil anaknya duduk diribaan. Aku tak rasa mereka ini orang inggeris, walaupun nampak seperti muka orang barat, Mungkin mereka ini banyak datang dari negara-negara barat yang lain.

Aku tanya perempuan muda itu, nak donut tak, aku tak nak kasi wang, sebab perlu juga berhati-hati, kalau pengemis yang professional, mereka hanya mahukan wang. Tapi kalau yang betul-betul mengemis, mereka tak kisah sangat. Selalunya aku akan kasi makanan pada pengemis yang aku jumpa, kalau aku ada makanan. Tapi aku jarang bawa makanan ke sekolah, kerana aku jarang makan.

Baki donut aku hari ini adalah habuan perempuan itu. Mungkin telah ditakdirkan Allah, yang rezeki dalam sekotak, itu bukanlah aku punya semua walaupun aku yang beli, kerana aku makan 2 1/2 donut, aku kasi selebihnya untuk perempuan itu. Apa aku harapkan atas pemberian yang sedikit cuma. Hanya aku rasa bersyukur, kerana rezeki yang sedikit Allah berikan untuk aku, lebih sehingga aku boleh beri makan sedikit kepada yang meminta.

Harta benda yang Allah kurniakan untuk aku, bukanlah milik aku semuanya, yang masuk kedalam perut aku hanyalah sedikit cuma. Kepada Allah aku memohon segalanya. Aku hanyalah insan yang lemah. Allah maha mengetahui.

Atas batu jemala patek@ 2004-09-14;1:07 p.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link