|
Itu ini Hari ini, hari pembuka minggu, sengaja melewat-lewatkan masa. Hari sabtu dan ahad lepas, sibuk dengan telefon orang. Telefon di sana, telefon di sini, email sana, email sini. Rindukan orang sana, rindukan orang sini. Rusingkan orang sana, rusingkan itu, rusingkan ini. Semuanya ini asam garam kehidupan, untuk menjadikan hari-hari yang mendatang penuh bermakna. Mengambil iktibar pada yang baik, dam menjadikan sempadan pada yang buruk. Alhamdullillah, ruam panas aku telah menjadi surut, dan sekarang hanya menggelupas. Alhamdullillah, tanpa pengambilan ubat allergy dan cream sapu aku berjaya atasi ruam ini dengan megamalkan pemakanan yang sihat dan menyapu aloe vera gel. Sakit dan sihat adalah semua ujian dari Allah jua. Sakit juga memberi peringatan bagi aku agar kita senantiasa menginsafi yang hidup ini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Ada yang perlu kita korbankan, walaupun kita tidak pasti apa ganjarannya. Pengorbanan kekadang sukar dilakukan dengan rela. Untuk itu, belajar untuk menjadi rela pada sesuatu kehilangan bukanlah senang. Dia menerima panggilan telefon dari seorang kawan yang akan menjalani pembedahan by-pass untuk kali kedua tidak beberapa minggu lagi. Sukar nak digambarkan apa yang tersirat, kerana kata sahabat ini, pemebedahan kali kedua 'high risk'. Anak-anak masih lagi memerlukan perhatian seorang bapa, isteri masih lagi perlukan sokongan seorang suami. Andaikata hidup ini diberi ketentuan waktu, andaikata kita tahu bila ketentuannya. Andaikata nyawa dibadan bergantung pada penghujung pisau pembedahan, sahabat ini cuma ada seketika waktu cuma. Andaikata, kita berada di situasi ini, apa bekal yang cukup untuk kita bawakan ke sana. Kami di sini mendoakan kesejahteraan sahabat ini dari kejauhan. Kami yang jauh hanya mampu berdoa, semoga Allah mempermudahkan segala-galanya. Ahad yang lepas, menerima undangan dari seorang teman yang mengenali kami dari kejauhan. Sudah lama kenal dan bersua muka, tapi tidaklah serapat mana, cuma sering bertanya khabar dari seorang teman lagi. Undangan pada jam 8pm. Dia tidak mahu makan apa-apa sebelum pergi, katanya, tradisi kita bila berkunjung pasti ada juadah hidangan. Cuaca semalam bertukar mejadi ribut dan taufan. Teman ini tinggal berhampiran tepi pantai. Kawasan orang berada. Bila tiba di rumahnya, kami di jemput masuk, malangnya tiada hidangan seperti yang diimpikan oleh dia. Walaupun isterinya orang melayu, yang bersuamikan inggeris, tapi tradisi hidang menghidang sudah tiada. Hanya di sediakan minuman kopi dan kek. Mungkin tradisi sebegini sudah tiada disebabkan kesibukan seharian. Dan bagi tuan rumah, dengan anak-anak lagi mejadikan satu kesulitan. Kami pergi dengan membawa buah tangan, membeli sebiji kek, sebagai tradisi. Itulah kali pertama kami berkunjung ke sana, tapi insyaAllah bukanlah kunjungan yang terakhir. Berbincang itu, berbincang ini, kami pulang setelah hampir jam 10pm. Pulang dengan mendapat sahabat baru. Semoga persahabatan dirahmati Allah. Pagi tadi membaca e-mail, menerima e-mail dari George meyatakan kerunsingan tentang aku. Akupun dah jadi pening, beza waktu yang 11jam, membuatkan masa menjadi kelam kelibut. Siang paginya di sana, malam harinya di sini. Siang harinya di sini, malam harinya di sana. Walau apapun, aku berharap akan dipermudahkan Allah segala urusan. kepada Allah aku bermohon dan kepada Allah jualah aku berserah. Tak mampu aku melakukan sesuatu melainkan dengan ihsan dari Allah jua. Atas batu jemala patek@ 2004-09-13;2:50 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |