|
Allergy ![]() Hari ini adalah hari ulang tahun kami yang ke 7. Semalam tidur lewat. Selepas balik dari kerja 10.45pm aku menjadi lapar. Masak mee yang sepatutnya jadi mee maggi ayam, tapi berubah rasa menjadi seperti laksa lemaklah pulak. Tradisi masakkan aku, jarang yang lurus bendul. Ada saya yang ditokok tambah. Selepas makan mee, dia minta dibuat secawan kopi panas. Tapi diminta menambah susu. Selepas makan dan minum, dan tengok TV, tiada apa yang menarikpun dalam TV. Kami tidur. Dia tak boleh tidur lena, sebab baru kena kopi susu, aku tak boleh tidur lena sebab menggaru badan yang dinaiki ruam panas. Rasa merenyam satu badan. Tapi aku masih lagi berdegil tidak mahu pergi berjumpa dengan tuan tabib. Masalah ruam ini adalah masalah routine bagi aku, kerana aku mesti kena punya. Kalau berjumpa si tuan tabibpun aku dah tahu dialog-dialognya dan apa ubat yang si tuan tabib akan bagi sama aku. Tuan tabib akan suruh aku ambil pil allegy, dan bagi cream sapu yang hanya akan membakar lapisan atas kulit aku yang akan mengakibatkan kulit aku melecur dan meninggalkan parut terbakar yang lama. Ini menyebabkan kulit aku menjadi nipis dan senang sangat melecek bila tergesel dengan baju. Aku sekarang setelah sekian lama menghadapai masalah ini mengambil keputusan untuk mengkaji usul pangkal berpuncanya allergy ini. Menurut kajian, penyakit allegy ini hanya semakin menjadi-jadi pada lewat tahun-tahun ini saja. Jika dibandingkan dengan 50 tahun dahulu, penyakit ini tidak ujud. Penyakit zaman moden. jadi kenapa terjadinya penyakit zaman moden ini. Bukankah kita serba canggih dan berteknology tinggi, sepatutnya tak terkena penyakit seperti ini. Menurut kajian lagi, bermulanya allegy, bila daya tahan badan tidak mampu untuk membezakan unsur apakah yang baik ataupun tidak kepada badan kita. Apabila terjadinya kekeliruan dan membezakan begini, badan bertindak lebih defensive untuk menahan unsur yang baik yang disangkakan jahat. Salah satu sebab terjadinya kurang daya badan dan kekeliruan dalam sistem kawalan adalah disebabkan pemakanan kita. Hari ini kebanyakan makanan dibeli di supermarket. Makanan yang diprocess, dan bagi aku tak salah lagi all the junk foods that used to be my staple diet once upon a time. Tapi sekarangpun ada lagi sikit-sikit tak banyak. Sebab itulah aku selalu minum green tea konon nak hilangkan toksik badan. Kerana kajian juga menyatakan yang green tea ini banyak khasiatnya. Tak perlu aku terang lebih lanjut, kerana green tea ini ujud berkurun lamanya. Apa yang kajian temui hanya segelintir cuma. Aku sekarang mengamal pemakan yang sihat, sambil masih lagi sekali sekala melepaskan gian makan junk food. Tapi tak kemaruk seperti dulu. Aku tak mahu lagi ada bahan lain yang masuk dalam badan aku memberitahu sistem kawalan yang allegy aku adalah dalam kawalan. Kerana setelah sekian lama ambil pil allergy, kesan ubat itupun sudah tidak lagi mujarab. Aku menjadi lebih seram. Takut nanti-nanti badan aku terus tak tahu yang mana satu baik dan tak baik. Atas batu jemala patek@ 2004-09-10;12:54 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |