Keropok nasi

Semalam terlonjak hati nak belikan juga perfum itu. Berjalan ke kedai tersebut, mencuba bau sebelum membeli. Takut-takut kalau bau yang di beli tidak menepati citarasa. Ada beberapa perfum yang di jual dengan jualan murah. Mencuba tiga jenis sahaja. Berkenan dengan jenis ini membeli terus. Tabiat aku kalau aku sukakan sesuatu aku akan pulang dahulu ke rumah, hari belian adalah apabila aku ulang semula dan terus membeli.

Tapi selalunya masa aku ulang semula adalah selepas beberapa seketika. Selalunya, barang yang aku berkenan dan nak beli sudahpun habis dipasaran. Tapi perfum itu, aku ulang semula dalam masa terdekat. Perfum itu menjadi keperluan, kerana ia adalah hadiah ulang tahun perkahwinan aku dengan dia. Sebuah perkahwinan yang menjangkau usia 7 tahun.

Selepas membeli perfum, aku teringin nak makan keropok nasi yang bersambal chili yang sedang berjual murah juga. Tiba di kedai menjual beraneka jenis keropok, aku menjadi serba salah untuk masuk ataupun tidak. Kerana hari itu aku sudah masuk, kali inipun aku nak masuk lagi. Hari itu sudah beli jualan murahnya, hari ini mahu beli lagi. Lagipun kedainya tidak ada orang masuk. Jurujualnyapun hanyalah orang yang sama, aku kira mungkin toikeh kedai tersebut kerana kedainya hanyalah kedai kecil sahaja.

Berkira itu, berkira ini, menunggu orang lain masuk beli sama, tengok itu, tengok ini, aku tak jadi masuk kedai tersebut, setelah 15 min aku berligar disekitar kedai tersebut, kerana tiada orang yang masukpun. Aku menjadi segan pulak nak menebalkan muka membeli keropok, biarpun bersemangat aku nak makan keropok tersebut.

Akhirnya aku berlalu pergi tanpa keropok yang aku idamkan. Mungkin ini adalah latihan asas yang aku kira tak semua benda yang kita inginkan akan dapat. Biarpun tiada nampak halanganya, tapi disebabkan ada perasaan segan, aku tak beli. Tapi kalau difikirkan apa yang hendak disegankan, bukannya kita pencuri. Tapi fitrah sebagai seorang manusia, mempunyai sifat segan dalam melakukan sesuatu. Segan merupakan sifat malu untuk melakukan sesuatu. kalau diamalkan dengan baik, sifat segan ini akan mendorong kita untuk tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan ajaran agama. Dia pula menjadi segan kalau barang yang dibeli harga yang setakat beberapa sen saja. Selalunya dia akan suruh aku bayar. Aku pula tidak beberapa segan dalam soal itu.

Apabila tak jadi beli, aku berhasrat untuk pergi ke tempat yang lagi satu. Harapan aku, kalau disini ada jualan murah keropok, dekat kedai di sana pun mesti ada juga. Sebab, keropok tersebut, tanpa jualan murah, mahal juga harganya. Keropok nasi yang berperisa chili, rasa seperti sambal tumis, yang sememangnya tak lari dari tekak melayu.

Jauh juga nak menapak, tapi disebabkan segan membeli keropok tersebut dekat dengan kedai, dan disebabkan teringin sangat nak makan, aku menapak juga ke kedai yang lagi satu. Semasa dalam perjalanan, tiba-tiba aku terdengar orang memanggil nama aku, memandang sekeliling, terlihat tuan rumah aku dengan samsengnya, membuka pintu kereta dan meletak kaki ke atas cermin pintu.

Tuan rumah aku, orang jewish yang kaya. Rumahnya banyak di buat sewa. Rumah aku salah satu dari rumah sewaannya. Dahulu semasa zaman ramai pelajar melayu, dia banyak sewakan rumahnya pada orang melayu. Dia lebih suka menyewa rumahnya pada orang melayu, kerana orang melayu tak banyak kerenah. Lebih banyak bersyukur dengan apa yang ada. Kalau tak cukup berusaha lagi. Orang melayu, tidak dapat aku nafikan, banyak bersifat tolak ansur. Kalau nak dibandingkan dengan bangsa-bangsa yang lain. Memanglah, bila kita tengok di negara sendiri, tiada apa yang istimewanya. Tapi bila dah merantau memang tidak dapat dinafikan jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa yang lain, seperti negro, mat salleh, ataupun orang bangla atau pakistan. Bangsa melayu terkenal sebagai bangsa yang berbudi bahasa.

Tuan rumah aku tanya, nak ke mana?. Aku memberitahu, aku nak lunch, nak makan keropok nasi yang ada di jual di satu kedai ini. Bersembang itu dan ini. Tuan rumah aku ini masih lagi muda orangnya, tapi sudah mempunyai kereta mewah yang mempunyai plate number peribadi. Tapi semua ini adalah titik peluh orang tuanya yang mempunyai wawasan. Hari ini orang tuanya telahpun lama mati. Mungkin tak sempat untuk merasa kemewahan yang diusahakannya. Jadi yang mewah sekarang adalah pewarisnya sekarang, tuan rumah aku.

Tuan rumah aku memberitahu dia akan ke Australia tahun depan, nak bawa anak-anaknya makan angin, aku mempelawanya untuk singgah di Malaysia, tahun depan aku sudahpun pulang insyaAllah. Seronok betul dia bila di ajak begitu. Hasratnya hanyalah untuk berjumpa semula orang-orang melayu yang menyewa rumahnya dulu. Buakn nak minta sewa yang tak bayak, bukan nak tuntut hutang, tapi nak bersua muka semula. Bila kita berbudi, orang berbahasa. Tapi kini aku rasa mereka semua ini sudah menjadi orang-orang senang. Aku, tak tahu lagi nasib aku bagaimana. Hanya Allah jua yang menentukan segala-galanya.

Selepas bersembang lama, aku meneruskan usaha mencari keropok nasi aku, tapi malangnya, di sini tiada jualan murah, dan harga keropok tuu sememangnyalah mahal. Aku batalkan saja niat dan hasrat di hati. Setelah penat berjalan, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah saja.

Atas batu jemala patek@ 2004-09-09;11:22 a.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link