perfum

Semalam, berjalan-jalan masa tengahari konon untuk rehat seketika. Berjalan-jalan untuk window shopping. Berjalan-jalan sambil berkira-kira mahu beli apa untuk dia. Ulang tahun perkahwinan kami tidak lama lagi. berjalan-jalan sebagai therapy untuk mengurangkan kusut di kepala.

Semasa sessi berjalan dan melihat serta membelek, terpikat pada satu perfrum yang di jual murah. Tersimpan dihati untuk membeli pada dia hadiah sempena ulang tahun kami nanti. Hari ini berkira-kira mahu pergi semula membeli minyak wangi tersebut. Hadiah untuk keperluan sehari-hari. Perfum dia telah lama habis. Dia suka pakai perfume, tidak seperti aku yang hanya sekali-sekala saja aku pakai.

Pemakaian perfurm harus serasi dengan aura badan. Silap beli perfum, aura badan akan menjadi busuk. Bagi dia, lelaki, aku suka beli perfurm yang woody and musky in smell. Dia kata bau seperti tembakau. Memang serasi dengan lelaki. Rasa seperti masculine.

Perfum pilihan aku selalunya yang lebih kepada wangian buah ataupun bunga yang segar. Perfum yang aku suka pakai, happy from clinique. Aku ada botol kecil, masih lagi simpan, sayang nak pakai. Mahal nak beli. Satu lagi bau yang seiras dari M&S. Murah sedikit harganya. Tapi bau tidak tahan lama. Perfum yang itu aku pakai habis. Tapi bila habis, aku tidak lagi pakai perfum. Aku ada beli sekali perfum dari Elizabeth Arden, 5th Avenue, tapi perfum itu hilang dalan simpanan. Aku suka juga perfum itu, berbau segar.

Sekarang aku tidak pakai perfum apa-apa. Berkira-kira juga nak pakai. Tapi bila badan tidak berbau tengit, keperluan makai perfum bagi aku tidaklah menjadi satu kepentingan. Tengoklah dulu, nanti-nanti bila ada kelapangan kewangan. Buat masa sekarang aku lebih kepada membeli baju untuk pakai harian dan tudung sekali.

Pulang semalam dari bersantai ke sekolah semula, aku sudah tidak berfungsi lagi. Mata rasa mengatuk, kepala rasa berat. Berlainan dengan hari sebelumnya, bila tidak kemana-mana aku tidaklah menghadapi masalah sedemikian.

Hari ini aku bertekad untuk tidak keluar lagi pada masa tengahari, kononnya untuk merehatkan otak.

Semalam pulang kerumah, terpampang nota di lantai berbunyi' Darling, ayam dlm oven, sayur dlam mwave. Lots of love hubby'. memang sebegitu, bila pulang ke rumah saja, mesti aku menjadi lapar kerana sepanjang di sekolah aku jarang sangat bawa bekal dan makan. kerana bila aku makan, aku menjadi menggantuk dan letih. kalau dulu, di tinggakan nota yang tidak menyebut apa-apa. Nota juga ringkas, dan bila membacapun hanya sekadar untuk memesan apa-apa.

Tapi bila sudah lama hidup bersama, Allah kurniakan perasaan berkasih sayang di antara dua insan. Nota-nota yang di tinggalkan kini sudah mempunyai panggil nama yang menyenangkan jiwa. Panggilan nama hanyalah digunakan tika berbual dikhalayak ramai, taupun bila aku naik angin.

Jadi bila pulang kerumah waktu petang, aku menjadi lapar tergedik-gedik. Cepat-cepat sendukkan nasi dan lauk yang ada dan masukkan dalam mwave 1 minit untuk dipanaskan. Bila selesai makan rasa seperti ular sawalah pulak tersadai tak boleh mengoit (bergerak).

Selalunya sebelum ke sekolah pagi, aku bersarapan. sarapan adalah penting selepas kita tidur malam tak makan apa-apa. Selalunya bila dia bekerja petang, aku akan meyediakan sarapan bubur oat ataupun toast. Bubur oat yang dimasak di makan dengan perbagai. Kekadang makan dengan madu, ataupun dengan yeast extract. tadi kami makan dengan yeast extract. Sarapan pagi tadi 2 keping taost dengan jem nenas yang di beli dari mak chik tua di car boot dan seorang semangkok bubur oat dengan yeast extract. Yeast extract rasa seperti marmite, ataupun seiras dengan bovril. Yeast extract memberi khasiat vitamin B, dan beberapa lagi khasiat.

Dia minum malted drink, serasa dengan horlick dan aku minum green tea, minuman seharian kami. Aku akan sediakan minuman bersus pada dia waktu malam sebelum tidur and waktu pagi semasa sarapan. Munuman bersusu adalah panting kerana ia menyihatkan badan dan otak bila penat bekerja seharian.

Badan yang letih perlu diberikan rehat secukupnya. Rehat bagi dia adalah penting setelah penat bekerja. Rehat bagi akupun penting juga, tapi taklah seteruk dia yang membanting tulang 4 kerat. Aku cuma amalkan minum green tea, untuk membuang toksik-toksik dalam badan aku yang aku rasa dah jadi sebati dalam badan aku akibat terlalu banyak makan junk food. Sekarang aku belajar untuk kurangkan makan benda-benda junk seperti itu.

Amalan pemakan yang sihat adalah penting untuk kesejahteraan kita. Badan yang sihat, malahirkan minda yang cerdas. Bila kita sihat, kita akan merasa senang. Sememanglah di akui, sakit adalah ujian Allah, dan kita tak boleh lari darinya. Tapi kita boleh berusaha untuk mengelaknya dari menjadi sesuatu yang memudaratkan kita.

Badab aku dinaiki ruam panas dan walaupun aku dah makan pil allergi, ruan tersebut masih lagi tak surut. Aku berhenti makan pil tersebut. Aku biarkan saja ruan itu naik. Kekadang rasa seperti campak kecil sebab niaknya berperingkat. bermula di bahagian peha dan madan kini menular ke tangan dan kaki.

Dia berkali-kali tanya aku adakah aku demam atau pening kerana takut juga dapat penyakit lain. Penyakit menigitis yang akibatnya membawa maut. Buat masa sekrang aku tidak ada tanda-tanda yang betul-betul merungsingkan lagi. Tapi tentang ruam yang naik aku masih lagi tidak tahu apa sebabnya. Aku berdegil untuk tidak berjumpa doktor.

Atas batu jemala patek@ 2004-09-08;12:04 p.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link