Dugaan dan ketabahan

Semalam kerja tak beberapa menjadi. menerima e-mail dari mereka menyatakan jangan terburu-buru melakukan sesuatu.

Hidup ada dua, satu terkandung dalam bentuk hati dan perasaan, satu lagi yang nampak dari pandangan mata. Apa yang terkandung sukar untuk ditafsirkan, tapi semuanya terjadi didepan mata.

Semalam balik awal, rasa tidak bersemangat untuk melakukan apa-apa. Bila berlakunya sebegini, bila mata dipejam, ternampak satu gumpalan yang menjadi bara yang membakar didalam diri ini dengan bahang kecewa.

Tapi kita sebagai manusia, terus diuji oleh maha pencipta, samaada kita mampu untuk menerimanya ataupun sebaliknya. Selalunya kita kecundang, tapi itu juga adalah ketentuan dari Allah jua. Segala kegagalan yang dialami, mungkin ada seribu satu rahmat disebaliknya. Kita hanyalah hamba yang hanya mampu berusaha. Begitulah seadanya bila memujuk jiwa yang lara.

Semalam, dia pulang lewat, letih dan terus tertidur. Aku mangemas dapur, membasuh pingan dan menyindai baju. Itulah routine harian aku, setiap malam. Semalam dia yang selalunya memasak seuatu, tidak masak apa-apa. Cuma masak nasik dan goreng kacang. Masih lagi ada bekal yang di bawa pulang dari rumah teman - sambal tumis dengan ikan dan ayam goreng.

Aku selalunya makan apa yang dia masak. Jarang sekali aku masak melainkan pada hujung minggu. Harapkan dia masak hanyalah benda yang senang-senang saja. Tak perlu masak berbagai. Selalunya hanya satu mata saja. Bila berdua selera makan tak seberapa apatah lagi selalunya makan berseorangan.

Dua tiga hari ini badan aku penuh di naiki ruam. Aku kira ruam panas, tapi mungkin juga ada allergy yang lain aku tak tahu. Badan ini cepat sangat kena allegi. Daya tahan badan tak kuat menyebabkan aku cepet terkena allergy. Tapi mungkin juga ada faktor umur, bila dah semakin tua, ataupun faktor keadaan. Ataupun mungkin juga akibat makan acar tumeric yang dibeli oleh dia. Kerana selepas makan acar tersebut, badan kami mula berasa panas. Aku yang tak tahan dengan panas terus mendapat ruam dan rasa seperti alahan pulak. Tapi tadi menggambil pil alahan. Tak nampak lagi improvement.

Dalam dugaan yang diberi, satu-satunya yang harus kita hadapi adalah menerima dan menghadapi seadanya. Kita tidak boleh merubah apa yang tertera untuk kita hadapi. Kita akan cuba memperbaiki apa yang terkurang dalam hidup kita. Dugaan yang diberi, kadang-kadang bukanlah berpunca dari diri kita sendiri.

Aku harus menerimanya dangan tabah dan redha. Ya Allah, tabahkan diri ini dalam menghadapi ujian dariMu. Berikanlah petunjuk dan hidayah ke jalan yang Engkau redhai. KepadaMulah aku memohon dan kepadaMulah aku berserah. Perkenankanlah ya Allah permohonan hambaMu ini.

Atas batu jemala patek@ 2004-09-07;11:21 a.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link