menelefon di sana

Asakan semalam, menyesakkan dada. Sehingga ke pagi tadi masih lagi terasa. Aku menjadi buntu. Apa harus aku lakukan?

Pengajian harus aku teruskan. Tapi pada masa yang sama aku perlukan wang untuk biayai aku di sini. Aku tak mahu menjadi seperti dulu, tanpa wang, aku tak mampu untuk membayar tambang ke sekolah. Aku betul-betul buntu.

Aku menelefon rumah. Hanya di situ saja jalan terakhir bagiku. Meluahkan rasa pada bapaku. Tapi hampa, kerana dia juga managih sumbangan dari aku. Terus terang aku katakan, aku tak mampu untuk membantunya. Dalam situasi sebegini, aku perlukan wang simpanan aku. Wang aku habis aku serahkan bulat-bulat untuk bapa aku belanja.

Aku sudah melunjur jauh dari persimpangan. Kini aku menjadi termanggu-manggu. Aku tidak ada jalan lain. Mungkin aku harus berkerja semula. 'scrubbing the toilets'. Kerja hina yang orang tidak pandang. Tapi aku tiada pilihan lain.

Berbicara seketika dengan ibuku. Aku hanya mampu untuk memohon seribu kemaafan, dan tak mampu untuk berbuat apa-apa. Ibuku hanya mampu untuk mendengar kata. Aku dengar dari sudut sana, suara ibu sebak menahan sayu. Oh Tuhan, engkau menduga hambaMu dengan sebaik-baik dugaan. Kau bahagialah kedua ibu bapaku, limpahlah rahmat kepada mereka.

Hari ini aku memjadi terlalu buntu. Berputus asa dalam kehidupan. Tapi sebagai muslim, kekuatan iman hanya akan teruji bila dilanda kesusahan. Sejauh manakah yang kita laungkan Allah maha kuasa, sejauh manakah kita laungkan Allah maha pengasih. Di sinilah terujinya, setulus manakah laungan kita, untuk menjadi hamba yang mengasihi penciptanya. Sejauh manakah iman seorang hamba kepada yang maha esa.

Tak terungkap dengan kalimah kemaafan dari bibir ini, untuk menyatakan, iman ini tak seteguh seperti apa yang dilaungkan, di kala ujian melanda.

memohon kepada yang maha esa,untuk di berikan sedikit kekuatan dalam diri ini.

Atas batu jemala patek@ 2004-09-03;12:51 p.m.

<< o >>

index
older
email
notes
profile

Free Guestbook from Bravenet.com Free Guestbook from Bravenet.com

host
design

last five entries

mental drain - 2005-03-18
Surprise! Surprise - 2005-03-17
second class citizen - 2005-03-16
ice breaking session - 2005-03-15
Social Gathering - 2005-03-11

buddylist

AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar-
























































































link
link
link
link