|
Bola api Aku mengeluh panjang. Mata merenung jauh dengan pandangan yang kosong. Kala ini hati aku menjadi gersang ketandusan. Perit kehilangan Nancy dan ditokok tambah dengan kehilangan George, menyebabkan aku menjadi hilang. Hilang dalam pendirian, hilang dalam mencari pendirian. Perlu aku salahkan pada sebuah bola api yang aku kejar. makin lama aku kejar, seperti bayang-bayang semakin ia lari. Bosan aku dengan mengejar bola api ini tapi aku tidak ada pilihan lain. Salah juga jika aku katakan aku sudah bosan dengan semua ini. Takut juga nanti tergugat keimanan aku. menjadi seorang muslim, segala cubaan dan dugaan dari Allah adalah satu mengajaran dalam kehidupan. Tapi kalau ini aku rasa cukup kerdil dengan ujian yang diberi untuk mengejar bola api. Tadi, aku baru selesai berjumpa dengan J. J merupakan supervisor aku, kemudian J berpindah ke luar negara, menyebabkan sukar baginya untuk terus menjadi supervisor aku. Aku kemudian berpindah tangan dengan N. Kata-kata akhir J pada aku, kalau dia harus pergi, aku akan berada di dalam pengawasan yang bagus. 'you will be in a good hand'. Tapi seperti ketentuan Allah, N mati kemalangan dengan mengejut. Kata-kata J ada benay hakiki, aku betul-betul berada di bawah mengawasan yang bagus. Di dalam genggaman yang maha esa. Di dalam genggaman Pencipta. Tiada siapa diantaranya. Kepadanyalah hanya kita terus bermohon dan berdoa. Berdoa agar dikurniakan sedikit kekuatan iman untuk menempuh kehidupan yang penuh dugaan. Berjumpa semula dengan J hanya untuk 2 kali sahaja dalam masa yang singkat, betul-betul meyentap hati aku. Bukan senang untuk menggenggam bola api ini. Bukan semua orang mampu untuk menggapainya. Jika aku tak mampu tak perlulah di hina. Satu demi satu dugaan yang aku alami, sukarnya aku rasa. Kala ini aku hilang pencarian dan arah tuju. Kata-kata dari J betul-betul meyentap jantung aku. Hilanglah segalanya, mungkin aku tidak mampu untuk memilikinya. Aku hilang kata-kata. Atas batu jemala patek@ 2004-09-02;6:14 p.m. |
index host design last five entries mental drain - 2005-03-18 buddylist AbuZar-Auntie Yan-BKSE-Cik Daun-Cikgu Lee-Bu Dokter-EP-Elaira-hanyasayang-Halela-Kak G-JO-Lady_bugs-Liza-MakAndeh-MAR-MBA-P-Nut-Rasanubari-Sri Diah-Syati-Syati(2)-Zar- |